[TERKINI] Panduan Lengkap Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025
Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ~ Sila ambil perhatian terutamanya ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak untuk didaftarkan masuk ke Tahun 1 bagi sesi 2024/2025.
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal KPM atau ’walk-in’ bermula pada 2 MEI 2023 hingga 30 JUN 2023.
Pastikan anda mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting yang diumumkan bagi mengelakkan pendaftaran anak anda ke tahun satu tidak berjaya.
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025
Untuk makluman anda, permohonan ke Tahun 1 ada 2 mod, iaitu:
- Secara atas talian (online) melalui portal – https://idme.moe.gov.my/
- Secara manual – pendaftaran di sekolah
Pendaftaran pelajar tahun 1 bagi sesi 2024/2025 boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web baharu Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).
Syarat Pendaftaran
- Umur Persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2024 adalah bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Tarikh Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024/2025 (ONLINE)
- Tarikh Mula Pendaftaran : 2 Mei 2023
- Tarikh Tutup Pendaftaran : 30 Jun 2023
- Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2023
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos hingga 30 Ogos 2023
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
Permohonan pendaftaran untuk kemasukan ke Tahun 1 sesi persekolahan tahun 2024/2025 boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui pautan yang dinyatakan di atas. Untuk pendaftaran manual, ibu bapa perlu dirujuk pada pihak sekolah.
NOTA:
- Untuk rayuan, ia boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
- Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
Panduan Pendaftaran Tahun 1
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran Tahun 1 secara online:
- Layari laman web berikut: https://idme.moe.gov.my/login
- Klik butang Pengguna Baru > Daftar Pengguna
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik Daftar
- Setelah berjaya daftar masuk, klik pada Tahun 1
- Setelah itu, pilih Permohonan Baharu
- Pengguna perlu memasukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk pengesahan
- Sila isikan:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, klik butang Simpan dan klik, Seterusnya
- Untuk makluman, jika pengguna membuat pilihan ‘YA’ pada ruangan Status OKU pada MAKLUMAT MURID, pilihan jenis sekolah pendidikan khas akan wujud dalam Maklumat Permohonan. Jika tidak, pilihan jenis sekolah tersebut tidak akan wujud.
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu
- Status permohonan murid akan dipaparkan
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan
NOTA: Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan pendaftaran Tahun 1, mohon ibu bapa dan penjaga boleh melengkapkan modul pengurusan awam dan mengisi maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan sahaja dahulu.
Panduan Bergambar – Cara Daftar Tahun 1 Secara Dalam Talian (idMe KPM)
Sekiranya anda perlukan perlukan panduan bergambar, anda boleh rujuk PDF dibawah. (Muat turun: tinyurl.com/manualdaftartahunsatu)
Sila muat turun juga panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna
Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2024 / 2025 & Rayuan
Setelah berjaya membuat pendaftaan ke Tahun 1, ibu bapa boleh membuat semakan penempatan pula bermula 1 Ogos 2023.
Rayuan akan dibuka mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos 2023.
Semakan keputusan rayuan pula boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.
PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian.
Soalan Lazim Berkenaan Pendaftaran Murid Tahun 1 2024/2025
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, anda boleh rujuk pautan berikut: https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/soalan-lazim-berkenaan-pendaftaran-murid-tahun-1-kalendar-akademik-sesi-2024-2025