Larangan Rentas Negeri Menggunakan Surat MITI Dari 18-21 Julai – Polis

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA

Larangan Pergerakan Merentas Negeri Dengan Menggunakan Kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Bagi Tempoh 18-21 Julai 2021.

Dokumen yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak dibenarkan diguna untuk merentas negeri bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan peningkatan kenderaan di lebuh raya bagai tempoh dua hari kebelakangan ini.

“Bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kebenaran surat MITI sebagai kelulusan merentas negeri untuk sambutan Aidiladha, semua anggota di sekatan jalan raya di sempadan diarah untuk tidak menerima dokumen berkenaan.

“Dokumen berkenaan tidak diterima sebagai kelulusan yang sah bagi pergerakan rentas negeri bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi dibolehkan.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lekuk jangkitan wabak Covid-19,” katanya.

Rujuk kenyataan media penuh di bawah:

*Sumber: PDRM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: