PIDN JPA 2021: Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (Biasiswa JPA)
Permohonan Program Ijazah Dalam Negara JPA (PIDN JPA) kini telah DIBUKA.
Program Ijazah Dalam Negara JPA (PIDN) sesi 2021 boleh dimohon secara online.
Permohonan atas talian dibuka mulai 11 Mac 2021 (KHAMIS) sehingga 23 Mac 2021 (SELASA) di Portal eSila JPA.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Program Ijazah Dalam Negara 2021 untuk makluman bersama.
Apakah PIDN JPA?
Penajaan dal bentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU).
Baca juga : Permohonan Matrikulasi 2021, PISMP & PPC Untuk Lepasan SPM 2020
Syarat Umum
Berikut adalah syarat umum permohonan PIDN JPA 2021
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai kesihatan yang baik.
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).
- Memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Calon dan / atau ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
Syarat Khusus
- Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
- Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian :
- Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.0 atau
- Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya 3.25 di peringkat diploma dari UA / Politeknik / IPTS / GLU yang disenaraikan
- Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
- Bidang Perubatan dan Pergigian
- Mempunyai keputusan LULUS bagi keputusan terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian dan
- Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
Bidang Pengajian
- Kejuruteraan dan Teknikal
- Sains sosial
- Klinikal dan kesihatan
- Sains
- Senibina
- Veterinar
Baca juga : Promosi Tealive RM2.60 Dengan ShopeePay (Dari 10 Mac – 30 April 2021)
Cara Permohonan
Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2021 dibuka secara atas talian di Portal JPA.
Sila layari: https://esilav2.jpa.gov.my/
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan, sila emelkan ke : [email protected]
Tarikh Permohonan
Permohonan atas talian dibuka mulai 11 Mac 2021 (KHAMIS) sehingga 23 Mac 2021 (SELASA).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut sila rujuk Set Soalan Lazim (FAQ) berkaitan PIDN JPA 2021 melalui pautan di bawah ini:
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/panduanMemohon.php?program=PIDN&auth=3599