SPLKPM: Panduan Daftar Kehadiran Webinar & Borang Ulasan
DAFTAR SPLKPM WEBINAR 2021 ( dahulu dikenali dengan SPLG KPM / SPLGKPM )
Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan atau singkatannya SPLKPM merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk guru mendaftarkan kursus dan latihan.
Selain mengikuti kursus dan webinar, melalui SPL KPM ini juga guru boleh menyemak bilangan hari LADAP dan pelaporan bilangan markah CPD.
Latihan yang diterima oleh guru-guru sekolah termasuklah seperti:
- ulasan buku
- lawatan kerja
- bengkel
- seminar atau kolokium / webinar
- kajian tindakan dan penyelidikan
- portal e-guru
- kursus
- dan lain-lain lagi.
Baca juga: Cara Login Google Classroom KPM Untuk Murid (Pertama Kali)
Login SPLKPM Modul Individu
Modul ini dibangunkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana dibwah Kementerian Pendidikan untuk merekod aktiviti LDP/ Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang dilaksanakan di luar KPM disamping merekod aktiviti Pembelajaran Kendiri.
LDP/ PPB yang didaftarkan menerusi modul ini perlu disemak dan disahkan diperingkat SULDP bagi membolehkan ianya dikira sebagai bilangan hadir berkursus bagi tahun semasa.
Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan PPD perlu mengemaskini profil masing menerusi pangkalan data SPL KPM. Manakala Pegawai & AKP yang berada sekolah perlu mengemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan Data eOperasi.
Semua Individu juga diminta menjawab TNA atau matrik kompitensi yang disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
Untuk login, sila rujuk langkah berikut:
- Layari laman web https://splkpm.moe.gov.my/
- Klik pada ikon ‘Modul Individu’
- Masukkan ID Pengguna (No kad pengenalan) dan Kata Laluan. Kemudian klik pada butang Hantar untuk log masuk ke dalam sistem.
Cara Daftar & Mengikuti Webinar SPLKPM
Di bawah disediakan langkah mengikuti dan mendaftar Webinar KPM melalui SPLKPM.
- Layari https://splkpm.moe.gov.my/
- Login SPL KPM ‘Modul Individu’ menggunakan ID dan password
- Klik Webinar pada menu pembelajaran kendiri untuk lihat senarai sesi webinar
- Klik ikon ‘Klik untuk sertai’
- Lihat sesi seminar (live)
- Setelah selesai sesi webinar, klik butang ‘Kemaskini status’ untuk direkod kehadiran kursus dalam SPL KPM
- Klik butang ‘Simpan’ untuk direkod bilangan jam berkursus
- Layari http://bit.ly/maklumbalaswebinarkpm untuk penilaian sesi webinar
- SULDP sahkan aktiviti webinar untuk dikira jam berkursus
*Sumber rujukan: Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)
Borang Ulasan Webinar
Di bawah ini dilampirkan sekali cara pengisian borang ulasan webinar yang dikongsikan oleh Nazatul Akma Md Najib.
Baca juga: Cara Sambung Handphone Ke TV (Screen Mirroring). Mudah & Murah Je
Maklumat Lanjut
Mohon hubungi penyelaras latihan / SULDP di jabatan masing-masing sekiranya terdapat masalah untuk daftar masuk (log in) ke modul individu.
Hubungi penyelaras JPN Negeri di SINI.
Senarai kursus yang ditawarkan secara online boleh dilihat di SINI.