in

Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) 2022

bantuan lesen memandu keluarga malaysia blkm
ADVERTISEMENT

BANTUAN LESEN MEMANDU KELUARGA MALAYSIA (BLKM)

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah merasmikan Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM), di Kompleks Rakan Muda, Bera, pada 13 Mac 2022.

Proram ini merupakan salah sebuah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

ADVERTISEMENT

Dalam pelancaran itu, seramai 404 orang asli di Daerah Bera, Pahang, telah terpilih untuk diberikan Lesen Motosikal Kelas B2.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM).

Apakah Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM)?

Program ini diadakan bagi memudahkan belia mendapat lesen memandu motosikal di samping memperolehi maklumat berkenaan dengan peraturan jalan raya. 

BLKM membantu mempermudahkan mereka dalam urusan harian dan juga dapat meningkatkan ekonomi mereka.

Melalui inisiatif BLKM, belia diberi latihan serta kesedaran disiplin untuk mematuhi undang-undang di jalan raya.

Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyeru supaya penerima BLKM ini dapat menjadi contoh pengguna jalan raya yang berdisiplin dan berhemah dengan mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya, serta menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Hal ini bertepatan dengan Aspirasi Kerajaan untuk mengurangkan jumlah kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50%, menjelang tahun 2030.

Baca juga:

Kelayakan

BLKM ini dikhususkan kepada masyarakat yang memerlukan, terutamanya yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau kesulitan untuk akses kepada kemudahan latihan memandu yang dikendalikan oleh Institut Memandu (IM).

Penerima bantuan ini diberikan Lesen Motosikal B2 melalui tapisan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu:

  • warganegara Malaysia
  • tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu
  • sihat tubuh badan dan mental
  • tiada kecacatan fizikal
  • tidak disenarai hitam oleh JPJ dan Polis Diraja Malaysia.

Bayaran

Melalui program ini, calon terlibat hanya perlu membayar sebanyak RM20 dan bakal diberi latihan dan ujian bagi mendapatkan lesen memandu serta mereka diberi pendedahan mengenai undang-undang jalan raya.

Cara Permohonan Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia

Buat masa ini belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak JPJ tentang cara permohonan bantuan ini.

Namun anda boleh mendapatkan info terkini melalui pihak JPJ berkenaan program tersebut melalui saluran berikut:

Sumber: Berita RTM

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

deltacron

‘Deltacron’: Varian Baharu Atau Pencemaran Sampel Di Makmal?

gadis diperkosa

Gadis Dipercayai Cuba Diperkosa Sebelum Dibunuh & Dibakar Di Bengkel Sekolah