in

Pengeluaran KWSP Sebelum Pencen: Syarat, Permohonan Online Akaun 1 & 2

pengeluaran kwsp
ADVERTISEMENT

Pengeluaran KWSP Akaun 1 / 2: Syarat & Permohonan Online

Tahukah anda, sebenarnya ada banyak keadaan yang membolehkan seseorang memohon pengeluaran KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2 – tanpa perlu menunggu pengumuman Kerajaan seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

ADVERTISEMENT

Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Berikut kami kongsikan beberapa jenis pengeluaran sebahagian dan pengeluaran penuh yang boleh dimohon oleh ahli, menurut info daripada laman web rasmi KWSP.

Pengeluaran Sebahagian KWSP

  1. Umur 50
    • Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.
  2. Pendidikan
    • Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
  3. Beli Rumah
    • Ahli dibenarkan membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.
  4. Bina Rumah
    • Ahli dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.
  5. Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Rumah
    • Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
  6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
    • Anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.
  7. Perumahan Fleksibel
    • Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.
  8. Perumahan PR1MA
    • Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda.
  9. Haji
    • Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.
  10. Kesihatan
    • KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
  11. Simpanan Melebihi RM1 Juta
    • KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.
pengeluaran kwsp sebahagian

Pengeluaran Penuh KWSP

  1. Pekerja Berpencen / Pesara Pilihan
    • Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.
  2. Hilang Upaya
    • Pengeluaran Hilang Upaya kami membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.
  3. Umur 55 Tahun
    • Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
  4. Umur 60 Tahun
    • Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun. Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.
  5. Meninggalkan Negara
    • Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.
  6. Meninggal Dunia
    • Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akandipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

Syarat-syarat

Setiap jenis pengeluaran mempunyai syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Ahli.

Rujuk maklumat lanjut berdasarkan jenis pengeluaran yang dimohon melalui pautan di bawah:

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Cara Memohon

Ahli boleh membuat permohonan pengeluaran secara manual ataupun secara atas talian melalui i-Akaun dan terus ke menu Pengeluaran untuk memohon.

Jika anda masih belum mendaftar i-Akaun, sila rujuk artikel berikut: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semakan Penyata / Baki Akaun 1 & 2

Untuk proses seterusnya iaitu langkah permohonan pengeluaran, rujuk infografik di bawah:

MUAT TURUN RISALAH E-PENGELUARAN KWSP:

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang e-Pengeluaran KWSP, sila rujuk info rasmi di laman web KWSP melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

[Viral] Gambar Warga Emas Cabul Kanak-kanak Tidak Benar, Jiran Dianggap Seperti Keluarga Sendiri

wanita hina islam

Wanita Hina Islam & Pasangan Berjaya Kumpul Dana Awam RM40,000