Kontak Rapat Tidak Lengkap Vaksin, Tidak Bergejala Kini Tidak Perlu Kuarantin
Mulai 22 April 2022, individu yang menjadi kontak rapat kes Covid-19 tetapi tidak mengalami sebarang gejala, mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin, tanpa mengira status vaksinasi mereka.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media di Parlimen hari ini. tersebut turut dimaklumkan melalui Twitter rasmi beliau hari ini.
Sebelum ini, hanya kontak rapat yang tidak bergejala tetapi sudah lengkap status vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Menurut Khairy, peraturan baharu mengenai kontak rapat itu dibuat berikutan terdapat permintaan daripada pelbagai pihak terutama yang tinggal di asrama.
“Sebelum ini ada permintaan membabitkan mereka yang tinggal di asrama, kerana ada pelajar yang tidak layak untuk mendapatkan dos penggalak. Jadi kita bersetuju untuk melaksanakan peraturan baharu ini,” katanya.
Terdahulu, kontak rapat yang lengkap vaksinasi tanpa dos penggalak perlu menjalani tempoh kuarantin selama lima hari, manakala yang tidak lengkap vaksinasi selama tujuh hari.
Baca juga: 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dibatalkan Kelulusan Oleh MDA