Bahaya Kalau Salah Ambil, Ini Jenis Panadol Dan Fungsinya
PERBEZAAN JENIS PANADOL & FUNGSINYA
Seperti yang kita sedia tahu, panadol atau nama saintifiknya paracetamol mempunyai pelbagai variasi mengikut fungsi dan tahap kesihatan kita.
Paracetamol digunakan untuk merawat banyak keadaan seperti sakit kepala, sakit otot, artritis, sakit belakang, sakit gigi, selsema, dan demam. Ia melegakan kesakitan pada arthritis ringan tetapi tidak memberi kesan pada keradangan dan pembengkakan sendi.
Mari kenali lebih dekat beberapa jenis panadol yang terdapat di pasaran dan apa perbezaannya menurut ahli farmasi.
Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)
Fungsi sodium adalah untuk cepatkan penyerapan PCM dekat usus kecil. Sodium digunalan sebagai salah satu exipient untuk meningkatkan pergerakan paracetamol dari perut ke usus kecil (bahagian utama PCM akan diserap).
Jadi, bila lagi cepat PCM dapat tiba di usus kecil, lebih cepat ianya dapat diserap dan mencapai paras terapeutik yang diperlukan.
Namun harus diingat, ianya memerlukan dua tablet serentak jika ingin mendapatkan jumlah sodium yang cukup dan kesan yang cepat. Jika ambil satu tablet sahaja, kesannya tidak jauh beza jika kita ambil panadol biasa.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.
Panadol Optizorb (PCM 500mg)
PCM lebih mudah dan cepat diserap dan kesannya boleh dirasakan seawal 15 minit. Tidak mempunyai sodium, jadi panadol jenis ini sesuai sesuai untuk pesakit darah tinggi. Selain itu, panadol obtizorb juga mengandungi calcium carbonate, alginic acic dan crospovidone dan ubat ini cepat hancur dalam badan.
Namun ada juga yang bertanya apa beza antara Actifast kalau jika kedua-duanya pantas kesannya?
Perbezaannya adalah, formulasi optizorb menggunakan kalsium karbonat dan asid alginik yang akan menguraikan kaplet ini dengan cepat. Maka PCM akan lebih mudah dan cepat diserap.
Kelebihan panadol ini adalah keberkesanannya yang pantas dan lebih selamat kepada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.
Panadol Extra (PCM 500mg, Caffeine 65mg)
PCM + Caffeine berfungsi mengurangkan sakit yang kuat. Panadol ini sesuai untuk headache, migraine, back pain, sakit gigi dan lain-lain. Walaubagaimanapun panadol Extra tidak sesuai untuk wanita hamil dan menyusukan anak kerana mengandungi caffeine.
Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan yang mengandung. Begitu juga pengambilan kafein melebihi 300mg oleh ibu yang menyusu boleh menyebabkan gangguan tidur kepada anak susuan
Caffein berupaya untuk meningkatkan keupayaan analgesik (menahan sakit) yang ada. Tetapi ada beberapa kajian yang meragui keberkesanannya.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam sehari.
Baca Juga: Kebaikan Mandi Air Panas Sama Seperti Bersukan? Ini Penjelasan Pakar
Panadol Soluble (PCM 500mg, Sodium 427mg)
Untuk anda yang susah untuk menelan ubat berbentuk biji, panadol ini sesuai untuk anda. Hanya larutkan ubat dalam 1 gelas airsahaja. Namun, kandungan sodium dalam panadol soluble ini sangat tinggi (427mg/tab) dan tidak sesuai untuk pesakit yang mempunyai darah tinggi.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam sehari.
Panadol Menstrual (PCM 500mg, Pamabrom 25mg)
Untuk wanita yang mengalami senggugut semasa datang haid, panadol ini memberi kelegaan pada senggugut dan gabungan bersama pamabrom 25mg. Pamabrom mempunyai kesan diuresis yang boleh singkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.
Anda perlu sesuaikan masa pengambilan mengikut keperluan. Jika sudah tahu cara penggunaan, kesakitan yang dirasai lebih berkesan dikawal cukup dengan paracetamol sahaja.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.
Panadol Extend (PCM 665mg)
Kelebihan panadol ini adalah kesannya mampu bertahan lebih lama (8 jam) daripada produk Panadol yang lain Panadol extend empunyai dua lapisan yang bertindak memanjangkan tempoh penyerapan seterusnya mengekalkan paras terapeutik pada tempoh yang lebih lama.
Panadol jenis ini sesuai untuk kesakitan kronik yang mengganggu urusan kerja dan memerlukan penumpuan lebih lama.
Dos: 2 biji setiap 6-8 jam 3 kali sehari
Maksimum dos untuk paracetamol ialah 4000mg atau 4gram sehari. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya ya.
Untuk maklumat lanjut tentang setiap jenis Paracetamol, sila rujuk penerangan Pegawai Farmasi melalui perkongsian berikut: Bahaya Salah Guna Paracetamol
Baca juga: Kemaskini: Orang Ramai Boleh Rakam Video Ketika Terima Vaksin – KJ