Lenovo Legion Play, Konsol Permainan Mudah Alih Dari Lenovo Untuk Kaki Gamer

Sejak wujudnya telefon pintar dengan spesifikasi yang tinggi, populariti permainan konsol seperti Game Boy dan PlayStation Portable (PSP) semakin menghilang. Ini kerana telefon pintar dianggap sebagai satu peranti lengkap dengan fungsi sebagai telefon dan juga permainan konsol.

Melalui gambar yang tertiris, dilihat syarikat Lenovo sedang mengembalikan semula populariti pemainan konsol dengan membangunkan sebuah konsol permainan mudah-alih berasaskan Android yang dinamakan sebagai Lenovo Legion Play.

Dengan rekaan yang lebih moden, info mengatakan ianya bakal hadir dengan skrin 7inci, dan menyokong HDR10. Selain itu ianya dilengkapi dengan dwi-speaker dan bateri berkapasiti 7000mAh.

Berbanding dengan PSP, Lenovo Legion Play dikatakan membolehkan pengguna memainkan permainan berasaskan awan atau memainkan sebarang permua melaluinya berbanding perlu memuat turunnya dahulu.

Rekaan antaramuka nya pula direka khusus untuk permainan dengan akses kepada GeForceNow. Selain itu, permainan juga boleh dimuat-turun melalui Google Play Store.

Adakah ianya bakal dilancarkan atau tidak masih belum pasti kerana pelbagai gambar ini boleh dilihat di laman web Lenovo untuk MWC 2021 yang lepas . Sama-sama kita nantikan khabar daripada Lenovo.