Cara Potong Daging Melintang Urat, Barulah Cepat Lembut!

TIPS & CARA POTONG DAGING MELINTANG URAT

Tahukah anda cara nak memotong daging dengan betul supaya ia mudah empuk dan lebih senang dikunyah?

Selalu orang kata kena potong ikut melintang urat – tapi yang tak fahamnya, bagaimana melintang urat tu sebenarnya kan?

Bagi yang belum faham atau pertama kali nak cuba potong daging, bolehlah rujuk perkongsian di bawah ini.

Video juga disediakan untuk memudahkan anda faham.

Semoga bermanfaat!

Tips & Cara Potong Daging Dengan Betul, Ikut Arah Melintang Urat

Rasanya mesti ada jugak yang tak tahu bila kita salah potong daging dan potong tak ikut urat, ia akan efek keempukan daging tu.

Kematu tunggu daging empuk. Lepas tu mula la campak segala sudu garpu tapi tak jugak lembut. Berjam-jam tunggu.

Bila dah masak, masih jugak lenguh rahang kunyah sebab liat.

Dah tu, macam mana nak tahu mana satu urat daging yang betul untuk dipotong tu.

Korang tengok gambar di bawah yer.

Aku dah snap sesatu khas untuk korang perhatikan dan tengok perbezaan mana satu urat yang betul. Mana satu yang salah.

Semoga bermanfaat.

Satu lagi petua kalau rebus daging, letak sedikit minyak bersama.

InshaAllah cepat juga daging empuk.

Tapi kena potong betul lah, potong salah. Sama je.

Cara Potong Daging Melintang Urat Supaya Daging Cepat Empuk & Lembut

#1

Daging yang korang beli tu, potong lah kepada beberapa ketul kecil dulu untuk memudahkan.

Kalau takmau potong pun xpe lah. Kot nak rebus seketul besar tu, boleh je.

Nanti time nak potong, ikut step yang sama.

#2

Kalau tengok side tepi tu tekstur/uratnya melintang begini.

Jangan potong.

Ingat tau,

JANGAN!

#3

cara potong daging

Tengok side depan pulak. Berbeza kan?

Okay, nampak kan teksturnya lain dari yang tadi.

Jadi potong sini.

Gini baru betul urat dia.

#4

cara potong daging

Ni ketul lain pulak, ulang step sama macam tadi.

Kenal pasti dulu side mana yang teksturnya betul.

Macam yang ni nampak kan, urat dia melintang jugak. Jadi jangan potong sini.

Nak lagi faham, boleh cuba tengok video di bawah ini.

(Sumber: Firda Ashaary)

Baca juga:

Video Pilihan

#1

Sumber video: Youtube Channel Cooking With Kak Imah

#2

Sumber video : Youtube Dunia Puan Sally

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: