10 Cara Bersihkan Kerang Dengan Mudah Tanpa Penat Menyental
Cara Bersihkan Kerang Dengan Mudah Tanpa Penat Menyental
Sedapnya makan kerang bakar ! Tambah-tambah pula bila dicicah dengan sos ala thai ataupun kicap cili potong. Nak dimasak lauk sambal atau rendang pun cukup menyelerakan.
Tapi bila memikirkan nak membasuh kerang boleh buat kita tak jadi nak masak. Bukan senang nak bersihkan lumpur dan pasir yang melekat pada kulit kerang.
Itu tak kira lagi selut yang terperangkap dalam isi kerang. Kadang-kadang boleh buatkan sampai putus selera bila terjumpa kotoran dalam kerang bila dimakan.
Sebenarnya ada banyak petua yang anda boleh cuba untuk bersihkan kerang dengan lebih mudah.
Pasti isi dan kulit kerang akan jadi lebih bersih tanpa perlu anda sental dengan berus gigi satu persatu.
Bahan-bahannya juga mudah didapati di dapur. Jom kita semak cara bersihkan kerang dengan mudah !
1. Gunakan Cili Kering/Serbuk Cili Dengan Garam
- Bila kerang bersih-bersih. Kemudian buatkan campuran garam dan cili kering. Kalau tiada serbuk cili kering, and boleh potongkan 2-3 batang cili kering.
- Masukkan campuran garam dan cili kering ke dalam bekas air.
- Masukkan kerang. Pastikan paras air lebih tinggi daripada paras kerang.
- Biarkan kerang berendam selama 45 min ke 90 minit. Kerang anda bersih dengan sendirinya (self-cleaning dengan meludah).
- Anda juga boleh balik-balikkan kerang untuk tambahkan pengudaraan dalam air.
- Selepas 45 ke 90 minit, bilas kerang dan ia sudah sedia untuk dimasak.
2. Gunakan Serai
- Ketuk beberapa batang serai
- Masukkan ke dalam bekas berisi kerang
- Isikan air sama paras dengan kerang. Gaul beberapa kali hingga serai mesra dengan kerang.
- Biarkan selama 20 minit.
- Toskan air dan bersihkan kerang.
3. Hampas Kelapa
Hampas kelapa jangan dibuang begitu sahaja. ia juga boleh digunakan untuk bersihkan kerang.
Caranya adalah seperti berikut :
- Gaul kerang dengan hampas kelapa. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang untuk dibersihkan.
- Biarkan selama 1 jam.
- Kemudian, bersihkan kerang dan sedia untuk dimasak.
4. Daun Ubi atau Daun Betik
- Petik beberapa helai daun ubi atau daun betik.
- Carik-carikkan daun kemudian ramas daun ke dalam bekas berisi kerang.
5. Pelepah Pisang
- Ambil pelepah pisang dah buang daunnya untuk dapatkan batang pelepah
- Potong 2 bahagian jika pelepah terlalu panjang.
- Masukkan kerang ke dalam besen dan sental kerang gunakan batang pelepah.
- Batang pelepah juga boleh dipotong kecil-kecil dan diramas dengan kerang.
- Ulang beberapa kali sehingga kulit kerang bersih.
6. Asam Jawa & Air Beras
- Gaul segenggam asam jawa dan air beras ke dalam besen berisi kerang.
- Biarkan selama 10 minit.
- Basuh kerang dan sedia untuk dimasak.
7. Kapur Makan
- Bancuh sesudu kapur makan dengan air ke dalam bekas.
- Masukkan kerang yang sudah dibasuh ke dalam bekas dan biarkan selama 15 minit.
- Gaul sebati dan bilas sehingga bersih.
8. Serbuk Kunyit & Asam Keping
- Basuh kerang dan letakkan kerang di dalam bekas.
- Letakkan 2 sudu besar serbuk kunyit untuk 1 kg kerang.
- Tambah sekali 2 ke 3 keping asam keping.
- Biarkan selama 20 ke 30 minit.
- Bilas kerang dan sedia untuk dimasak.
9. Gunakan Bawang Putih
- Untuk bersihkan 1 kg kerang, gunakan 5 ulas bawang putih, 5 keping asam keping dan 1 sudu garam.
- Rendamkan kerang bersama bahan-bahan tadi.
- Biarkan selama 30 minit.
- Bilas bersih-bersih dan sedia untuk dimasak.
10. Garam dan Air Sejuk
- Basuhkan kerang kemudian letakkan ke dalam bekas.
- Isikan bekas tadi dengan air sejuk. Boleh juga tambahkan ais untuk pastikan air kekal sejuk.
- Kemudian tambahkan garam kasar ke dalam bekas.
- Gaulkan bersama kerang. Ulang 3 kali atau sehingga air menjadi jernih.
Mudah bukan untuk mencuci kerang ? Daripada susah payah nak menyental, kini anda boleh cuba petua bersihkan kerang menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.
Sangat memudahkan kerja anda. Hanya rendamkan dengan bahan-bahan, tinggalkan seketika kemudian bilas bersih-bersih.
Semoga petua yang dikongsikan ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba !