UPKK 2023: Tarikh & Jadual Ujian Penilaian Kelas KAFA

UPKK 2023 ~ Perhatian kepada para pelajar yang bakal mengambil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), tarikh dan jadual ujian tersebut telah pun dikeluarkan oleh JAKIM. 

Jom semak perkongsian dibawah. 

UPKK 2023 –  Ujian Penilaian Kelas Kafa

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK adalah merupakan ujian penilaian yang dibuat bagi menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.

Keputusan UPKK boleh dijadikan sebagai salah satu sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Bukan itu sahaja, keputusan UPKK  juga boleh dijadikan sebagai nilai tambah  untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

Ujian ini melibatkan 8 subjek utama, iaitu:

  • Amali Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
  • Tilawah Al-Quran
  • Pelajaran Jawi dan Khat
  • Sirah
  • Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
  • Adab (Akhlak Islamiah)
  • Lughah Al-Quran

BACA JUGA: Ujian UKM1: Program Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat KPM 2023

Syarat Kelayakan UPKK 2023

Pelajar yang hendak mengambil ujian ini perlu menepati syarat kelayakan seperti dibawah, antaranya:

  • Belajar KAFA sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Mengikut Kurikulum KAFA.
  • Murid tahun 5 KAFA berumur 11 tahun ( mengikut tahun semasa).
  • Berdaftar untuk menduduki UPKK.

Bentuk Penilaian UPKK 2023

  • Bentuk Lisan: Al-Quran
  • Bentuk Amali: Amali Solat
  • Bentuk Lisan & Pemerhatian: Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Bentuk Penulisan:
    • Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
    • Sirah
    • Adab (Akhlak Islamiyah)
    • Jawi dan Khat
    • Asas Lughatul Quran
    • Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK

BACA JUGA: Kadar Dividen Tabung Haji 2023, Ini Caranya Untuk Membuat Semakan!

Tarikh Ujian Penilaian Kelas Kafa (Upkk) Tahun 2023

Peperiksaan Lisan: 3 April hingga 27 Oktober 2023

  • Solat
  • Penghayatan Cara Hidup Islam

Peperiksaan Lisan : 1 hingga 30 November 2023

  • Al-Quran

Ujian Bertulis : 15 hingga 18 Januari 2024

  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah
  • Jawi dan Khat
  • Adab
  • Lughatul Quran
UPKK 2023

Sila muat turun Jadual Pengurusan Pelaksanaan Bagi Calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Tahun 2023 untuk maklumat lebih lanjut di pautan berikut:

https://simpeni.islam.gov.my/images/documents/JADUAL%20PENGURUSAN%20PELAKSANAAN%20UPKK%202022%20-2023-2024%20(1).pdf

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai UPKK 2023, sila rujuk Portal SIMPENI di pautan berikut:

 https://simpeni.islam.gov.my/  (Login & Semakan UPKK / MPKAFA 2022 (JAKIM))

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: