in

Cara Dapat Tol Percuma Sempena Hari Raya, Tarikh & Senarai Laluan

ADVERTISEMENT

Sempena Aidilfitri minggu hadapan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.

Ia melibatkan 30 lebuh raya dengan jumlah diskaun RM77.11 juta, ditanggung bersama oleh Kerajaan dan syarikat konsesi iaitu Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

Tarikh Pelaksanaan Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Pelaksanaan tol percuma ini bermula 12 tengah malam pada 30 April sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 kepada semua kelas kenderaan.

ADVERTISEMENT

Tawaran percuma turut melibatkan Lebuh Raya Utara – Selatan dan LPT bagi pengguna mulai pukul 12 tengah malam pada 7 Mei hingga 11:59 malam pada 8 Mei bagi semua kelas kenderaan.

Senarai Laluan / Lebuhraya Terlibat

Senarai Tol Percuma & Diskaun Sehingga 50% Sempena Aidilfitri

Mulai 30 April 2022 (12AM) Hingga 1 Mei 2022 (11.59PM)

Mulai 7 Mei 2022 (12AM) Hingga 8 Mei 2022 (11.59PM)

PERCUMA:

  • PLUS
  • ELITE
  • SPDH
  • BKE
  • LINKEDUA
  • JPP
  • LPT1
  • LPT2
  • KLK

50%:

  • KESAS
  • LDP
  • GRANDSAGA
  • BESRAYA
  • NPE
  • AKLEH
  • MEX
  • DUKE

30%:

  • SMART
  • GUTHRIE
  • LATAR
  • LLB
  • LKSA
  • SILK
  • JPP2
  • SKVE
  • SPRINT
  • LEKAS
  • GRAND SEPADU
  • SDE
  • WCE
Tol percuma
Tol percuma

Tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama bagi semua kelas kenderaan.

Semoga pemberian tol percuma dan diskaun ini akan memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama-sama orang tersayang.

Sumber: Kenyataan Media PM Ismail Sabri

Cara Menikmati Tol Percuma PLUS Sempena Hari Raya

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, bagaimana pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan.

Adakah masih kena scan kad / RFID atau boleh terus jalan tanpa berhenti di palang tol?

Berikut penjelasan dari pihak PLUS Malaysia untuk makluman bersama:

  1. Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), Tol percuma dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
  2. Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.
  3. Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.
  4. Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login .
    Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif. Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.

Baca juga:

PLUS turut menasihati orang ramai untuk mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk mengurangkan kesesakan dan tingkatkan keselesaan ketika memandu bersama keluarga.

Pelanggan lebuhraya juga disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuhraya menerusi paparan CCTV yang disediakan. (Rujuk : Cara Cek Jalan Jem Guna Portal LLM. Lelaki Ini Kongsikan Caranya)

Selain itu, mereka juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

Maklumat trafik terkini juga boleh diperolehi menerusi Twitter PLUSTrafik.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

bank islam tergendala

Perkhidmatan Bank Islam Online & Aplikasi GO Tergendala

takbir raya aidilfitri

Takbir Raya Aidilfitri Beserta Maksud (Teks Bacaan Dalam Arab & Rumi)