Astro Melancarkan Secara Rasmi Astro Ultra Plug & Play Box

Baru-baru ini, Astro melancarkan Astro Ultra Plug & Play Box iaitu sebuah kotak tv yang hanya memerlukan sambungan internet sahaja tanpa menggunakan piring satelit.

Pemasangan kotak tv ini sangat mudah dan pelanggan hanya perlu menyambungkan kotak tv samada melalui kabel ethernet atau menggunakan WIFI.

Astro menyarankan kepada pengguna kotak tv baharu ini untuk menggunakan Internet yang berkelajuan 30 Mbps. Bagi rekaan pula, Astro Ultra Plug & Play Box ini sama seperti kotak tv Ultra dan Ulti sebelum ini.  

Ciri-ciri yang ditawarkan juga sama seperti kotak tv sebelum ini iaitu menyokong resolusi 4K, strim “On Demand” dengan rakaman dan storan awan dan juga mempunyai fungsi “Play from start”.

Buat pelanggan astro yang melanggan pakej tv lebih RM100 sebulan, kotak tv baharu ini adalah percuma dan bagi pelanggan baru hanya perlu membayar RM39. Harga ini adalah untuk kotak tv dan tidak termasuk dengan harga pakej tv.

Sebagai contoh, pelanggan baru boleh melanggan pakej tv Value Pack dengan harga RM64.00 sebulan berserta kontrak 24 bulan dan hanya perlu membayar RM59 untuk mengaktifkan Ultra Plug & Play.

Buat masa ini, Astro sedang menawarkan promosi pakej Super Pack Lite Movies yang berjumlah RM96 sebulan. Pakej ini didatangkan dengan Disney+ Hotstar dan HBO GO.

Para pelanggan baru dan sedia ada boleh melayari laman Astro untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Astro Ultra Plug & Play Box dan juga promosi Super Pack Lite Movies.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: