Tema & Logo Hari Kebangsaan 2022: ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’

logo hari kebangsaan 2022

Logo Hari Kebangsaan 2022

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia.

Ia diperkenalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa hari ini.

Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan Internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Turut hadir Ketua Setiausaha K-KOMM, Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Logo Hari Kebangsaan 2022 untuk makluman bersama.

Logo Hari Kebangsaan 2022

Berikut dikongsikan Logo Hari Kebangsaan, rasional, dan penerangan maksud bagi logo tersebut.

blank

Logo Berkonsepkan Jalur Liputan Internet :

Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

3 Jalur Biru, Merah & Kuning :

Merupakan cerminan Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar budaya serta serta hidup harmoni.

Titik Merah :

Melambangkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan.

Kedudukan Yang Berselang-seli :

Melambangkan keterbukaan dalam meraikan perbezaan dan kepelbagaian demi kemajuan bersama.

blank

Tema & Rasional

TEGUH – Kukuh, kuat dan erat

BERSAMA – Bersama-sama beserta atau bergandingan

#KELUARGA MALAYSIA – Merujuk kepada masyarakat aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Sorotan: Logo & Tema Hari Kebangsaan Tahun 1976 – 2021

tema hari kebangsaan 2021
blank
blank
blank
logo hari kebangsaan 2022
tema hari kebangsaan 2021

Maksud & Lambang Jalur Gemilang

Bendera Malaysia diperkenalkan pada tahun 1950 dan pada tahun 1997, namanya telah ditukar kepada Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan yang ke-40.

Tahukah anda maksud lambang dan warna pada Jalur Gemilang?

Sila rujuk infografik di bawah:

maksud jalur gemilang logo hari kebangsaan 2022

*Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia / SKMM

Maksud Jata Negara

Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952.

Mari kenali Jata Negara kita melalui infografik di bawah.

logo hari kebangsaan 2022

Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2022 boleh didapati di laman web www.merdeka360.my

Baca juga: