KWSP Umum Dividen 6.10% Konvensional, 5.65% Syariah Bagi Tahun 2021

KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen tahun 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 pada hari ini, 2 Mac 2022.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak KWSP melalui sebuah hantaran terkini di media sosial Facebook.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang dividen KWSP dan cara untuk membuat semakan pengkreditan dividen online di i-Akaun.

PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP 2020 / 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.

Baca juga : Cara Tukar Ke Akaun Shariah KWSP Melalui i-Akaun. 5 Minit Siap!

Kadar dividen yang diumumkan dana persaraan nasional itu membabitkan agihan sebanyak RM47.64 bilion merangkumi, RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah dengan RM4.76 bilion.

Cara Semakan Dividen KWSP

Untuk memudahkan anda membuat semakan

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun.

  1. Layari www.kwsp.gov.my
  2. Pergi kepada ikon Login
  3. Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
  4. Klik View Details di bahagian menu Dividend
  5. Perincian Dividen tahun 2021 akan dipaparkan

*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP

Bagi anda yang belum mendaftar i-Akaun, sila rujuk panduan pendaftaran berikut:

Sejarah Prestasi KWSP

Berikut adalah sejarah prestasi KWSP bagi tahun-tahun sebelumnya:

TahunPeratus (Simpanan Shariah)Peratus (Simpanan Konvensional)
20204.905.20
20195.005.45
20185.906.15
20176.406.90
20165.70
20156.40
20146.75
20136.35
20126.15
20116.00
20105.80
20095.65
20084.50
20075.80
20065.15
20055.00
20044.75
20034.50
20024.25
20015.00
20006.00
19996.84
1997 – 19986.70
19967.70
19957.50
1988 – 19948.00
1983 – 19878.50
1980 – 19828.00
19797.25
1976 – 19787.00
1974 – 19756.60
1972 – 19735.85
19715.80
1968 – 19705.75
1965 – 19675.50
19645.25
19635.00
1960 – 19624.00
1952 – 19592.50
Sumber dari laman web rasmi KWSP : Sila rujuk (link ke Sejarah Kadar Dividen)

Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Syariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

KWSP berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik COVID-19 dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

Berikut adalah Rumusan Prestasi Pelaburan Tahun 2020 yang disiarkan dalam kenyataan media KWSP yang lalu :

Dividen kwsp

Untuk maklumat lanjut tentang dividen KWSP 2020 sila layari https://www.kwsp.gov.my/ms/dividend

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: