Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 di Malaysia
Bagi umat Islam di negara ini terutama kanak-kanak, malam 29 Ramadan ditunggu-tunggu kerana pada malam itu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh 1 Syawal menandakan Aidilfitri.
Pengumuman itu yang dibuat bagi seluruh negara disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 31 tahun lalu.
Pengumuman ini biasanya akan disiarkan secara langsung di siaran TV Nasional seluruh Malaysia.
Bilakah agaknya tarikh Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2022 ini?
Jom kami kongsikan maklumat ini dengan anda.

Tarikh Rasmi Hari Raya Aidilfitri 2022 (Kalendar JAKIM)
Tahun ini terdapat dakwaan kononnya Aidilfitri tahun ini akan disambut sehari lebih awal , iaitu pada 2 Mei dan bukannya pada 3 Mei.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Facebook rasmi agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu, Balai Cerap Al-Khawarizmi memaklumkan tangkap layar yang tular itu adalah palsu.
“Kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (Rukyah dan Hisab) yang mana Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443H di lokasi ditetapkan di seluruh Malaysia.
“Hasil keputusan Rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam 29 Ramadan 1443H dan keputusan kenampakan Hilal akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu juga memaklumkan, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan Rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.
Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2022
Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri 1443H/2022M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam 1 Mei 2022 (Ahad).
Penetapan adalah tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi seluruh negara.

Tarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2022
Mengikut tarikh Hari Raya Aidilfitri / 1 Syawal yang ditetapkan oleh JAKIM adalah pada 3 Mei 2022.*
Berikut disertakan sekali tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2022 (JAKIM).
TARIKH HIJRI | TARIKH MILADI | HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM |
---|---|---|
27 REJAB 1443 | 1 Mac 2022 | Israk dan Mikraj |
*01 RAMADHAN 1443 | 3 April 2022 | * Awal Ramadan/Berpuasa |
17 RAMADHAN 1442 | 19 April 2022 | Nuzul Al-Quran |
*01 SYAWAL 1443 | 3 Mei 2022 | Hari Raya Puasa / Aidilfitri |
01 ZULHIJJAH 1443 | 1 Julai 2022 | Awal Zulhijjah |
*10 ZULHIJJAH 1443 | 10 Julai 2022 | * Hari Raya Korban / Aidiladha |
01 MUHARRAM 1444 | 30 Julai 2022 | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 RABI’ULAWAL 1444 | 9 Oktober 2022 | Maulidur Rasul |
*Tertakluk kepada perubahan dan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Berikut disertakan sekali kalendar bulan Mei 2022 untuk memudahkan anda merancang percutian.


Sumber: Panel Pakar Falak, JAKIM
Baca juga: Zakat Fitrah Online 2021: Cara Pembayaran Online Setiap Negeri
Bagaimana Tarikh Hari Raya Aidilfitri Ditentukan?
Menurut JAKIM, Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat kali ke-92 pada 15-16 Mac 1972 telah bersetuju penetapan tarikh permulaan puasa, Aidilfitri dan Aidiladha berdasarkan kepada rukyah dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).
Bagi menyelaraskan penentuan tarikh puasa dan hari raya, Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya dianggotai Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta Jakim akan mengesahkan hitungan dibuat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam.
Pengesahan hitungan itu kemudiannya disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui Setiausaha MKI berkenaan tarikh melihat anak bulan serta kedudukan anak bulan mengikut kiraan falak.
Di peringkat negeri pula, Jawatankuasa Melihat Anak Bulan ditubuhkan dan keanggotaan diketuai oleh Mufti Negeri, Kadi Daerah, Pengarah Jabatan Ukur (beragama Islam), wakil Jabatan Agama Islam dan seorang ulama atau ahli falak. Jawatankuasa ini berperanan melaksanakan cerapan hilal menggunakan peralatan seperti teodolit atau teleskop.
Kemudahan peralatan cerapan ini bergantung kepada lokasi cerapan dilaksanakan.
Pengesahan hilal kelihatan hanya boleh dibuat oleh ahli jawatankuasa yang dilantik membabitkan sekurang-kurangnya dua penyaksian.
Makluman itu disampaikan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang akan mempersembahkannya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Baca juga: 7 Amalan Wanita Haid Untuk Merebut Ganjaran Di Bulan Ramadan
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.
- JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya. - [email protected]
- +03 8870 7000
- +03 8870 7003