Ruza AgroTech Kulim : Waktu Operasi & Bayaran Masuk
Ruza Agrotech Kulim
Merancang bawa anak jalan-jalan di Kedah? Ada sebuah ‘port’ baru untuk anda terokai bersama anak-anak dan keluarga!
Dekat Kulim ada satu pusat pelancongan Agro bersepadu. Ini adalah Ruza Agrotech.
AKTIVITI MENARIK DI RUZA AGROTECH
Pada 21 Oktober 2022, telah dilancarkan pra pembukaan Ruza AgroTech yang bertempat di Kulim ini. Buat masa ini tak siap sepenuhnya, tapi dah boleh melawat.
Apakah yang boleh anda lakukan di sini?
Sesuai untuk melepaskan boring di rumah & tenangkan fikiran. Ada banyak tempat cantik untuk OOTD, bolehlah bergambar puas-puas nanti.
Antara yang menarik termasuklah kiosk jualan, ada pelbagai ‘ride’ untuk kanak-kanak, ada pasar mini, boleh bermain dengan pelbagai jenis haiwan, melawat ladang, aktiviti berkuda, memanah, ATV dan ada port makan juga.
Ada waktu berkala, tempat ini juga anjurkan program-program Ilmu seperti Kuliah Dhuha.
InsyaAllah bermula awal 2023 ia dijangka akan siap sepenuhnya. Lagi best sebab ada Petting Zoo, Floating Market, Kolam Memancing, Kolam Penternakan Ikan, Pelbagai Ladang Buah & Sayuran, Aktiviti Lasak.
Difahamkan Fasa 2 akan dibuka pada 17 November ini dan ada fasa 3 selepas 6 bulan akan datang.
Waktu Operasi & Bayaran Masuk Ke Ruza Agrotech Kulim
Waktu Operasi : Dari 9am – 9pm
Lokasi : Ruza Agrotech, Lot 193-195 & 3959-3963, Jalan Limau Mandarin, Jalan Kampung Sungai Limau, 09600 Lunas, Kedah (https://maps.app.goo.gl/vPVGJJbNLNHNetub9)
Masuk percuma untuk waktu terdekat ini. (Caj hanya dikenakan untuk beberapa aktiviti terpilih)
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat ini dan mendapatkan update terkini tentang promosi serta waktu pembukaan, sila berhubung terus dengan pihak RuzaAgrotech melalui saluran berikut:
- Facebook : https://www.facebook.com/ruzaagrotechkulim
- Tiktok : https://www.tiktok.com/
- Laman web rasmi : sites.google.com/view/ruzaagrotech/utama
Baca juga: