in

Semakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 Seluruh Negara 2021 – KeTSA

program rebat bil elektrik 2021 rm40 ketsa
ADVERTISEMENT

Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 merupakan program baharu yang telah diperkenalkan bagi menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 sehingga 2018.

Dengan pengenalan program baharu ini, rebat bil elektrik RM20 yang dibuka kepada semua pengguna domestik akan dihadkan kepada kumpulan sasar berstatus miskin tegar dengan nilai rebat bil elektrik yang lebih tinggi sehingga RM40 sebulan sekiranya tersenarai sebagai miskin tegar dalam sistem eKasih ICU JPM.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang program ini seperti di bawah.

Apa itu Program Rebat Bil Elektrik RM40?

Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar sahaja yang
berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Mulai 2 Januari 2021, sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 hanya akan diberikan kepada KIR yang berpendapatan bulanan di bawah pendapatan purata nasional RM1,169.

Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.

Program diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2019 pada 2 November 2018.

rebat bil elektrik 2021

Syarat Kelayakan

Siapakah yang layak menerima rebat bil elektrik RM40?

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar yang
  • tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih.
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
  • Sehubungan itu, terdapat perubahan bagi purata pendapatan per isi rumah bagi data eKasih seperti berikut:
rebat bil elektrik 2021

Jika anda belum berdaftar dengan eKasih, sila rujuk panduan mendaftar di sini: eKasih 2021: Daftar / Semak Status Penerima Bantuan Kemiskinan Online

Syarat Penerima Program Rebat Bil Elektrik RM40 Bagi Tahun 2021

  1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih;
  2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021;
  3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
  4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih;
  5. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;

Cara Semakan Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40 Bagi Tahun 2021

Anda boleh membuat semakan kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 bagi tahun 2021 di Portal KeTSA melalui pautan berikut:
https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php

• Terdapat dua kategori pengguna:

  1. KIR pemegang akaun bil elektrik: Akan terima rebat secara automatik
  2. KIR bukan pemegang akaun bil elektrik: Sehingga KIR mengemas kini nombor akaun dengan utiliti
    • Pengguna yang layak akan menerima rebat RM40 bermula dari tarikh kelayakan sehingga Disember 2021 berdasarkan tarikh bil elektrik pengguna masing-masing.
    • Kerajaan akan menyemak semula program rebat pada tahun-tahun yang akan datang selaras dengan keberkesanan program dan tertakluk kepada bajet dan keupayaan kewangan Kerajaan.

Baca juga: KISS Selangor 2021: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40

Maklumat Lanjut

Bagaimana jika bil elektrik saya lebih RM40 sebulan?

Pengguna yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan.
Sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja.

Bagaimana jika bil elektrik saya kurang RM40 sebulan?

Sekiranya bil elektrik kurang RM40 sebulan, pengguna akan menerima rebat berdasarkan amaun sebenar bil elektrik.

Bagaimana jika saya perlu menukar nombor akaun bil elektrik?

Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun bil elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa.
Pengguna perlu merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.

Saya tersenarai di dalam Sistem eKasih. Namun begitu, saya tidak mempunyai nombor akaun bil elektrik yang berdaftar atas nama saya. Sebaliknya, nombor akaun bil elektrik telah didaftarkan atas nama ahli keluarga (e.g. suami, isteri, anak).
Bolehkah saya mendaftar nombor akaun bil elektrik tersebut?

Pengguna boleh mendaftar nombor akaun bil elektrik yang didaftarkan atas nama ahli keluarga contohnya suami atau isteri atau anak.

Pengguna perlu merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.

Saya merupakan penyewa rumah dan nombor akaun bil elektrik didaftarkan di atas nama tuan rumah. Bagaimanakah saya hendak mendaftar nombor akaun bil elektrik di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40?


Penyewa boleh mendaftar nombor akaun bil elektrik yang didaftarkan di atas penama lain (e.g. tuan rumah).

Pengguna perlu merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan dengan anda untuk mengemas kini nombor akaun.

Pengguna boleh menghubungi talian hotline MyGCC, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) jika memerlukan
penjelasan lanjut mengenai program ini.

  • MyGCC Hotline: 03-8000 8000
  • TNB Hotline : 1-300-88-5454
  • SESB Hotline: 088-515000 / 15454
  • Sarawak Energy Hotline: 1-300-88-3111

Apakah KeTSA?

KeTSA secara rasminya ditubuhkan pada 10 Mac 2020 susulan penstrukturan semula kabinet di Peringkat Persekutuan. Bidang tanggungjawab Kementerian ini adalah has​il penggabungan Bahagian dan Jabatan daripada dua kementerian di mana fungsi Tenaga daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar (MESTECC), digabungkan bersama fungsi Sumber Asli daripada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS). Terdapat enam buah Jabatan di bawah KeTSA, satu Suruhanjaya, tiga Badan Berkanun, dua Badan Profesional dan satu Yayasan.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Baucer Diskaun 50% Untuk Timberland Di Lazada. Jom Grab Cepat!

smart meter tnb 2021

Awas Penyamaran Petugas Smart Meter TNB! Ini Yang Anda Kena ‘Alert’