Kalau Perempuan ‘Putus Haid’, Lelaki Pula ‘PADAM’. Ini Tanda Awal Kena Tahu – Dr Suhazeli

PADAM: Kemerosotan hormon testosteron pada lelaki 40 tahun ke atas

Umumnya kita semua maklum bahawa sampai satu tahap umur tertentu, wanita akan mengalami satu fasa putus haid atau Menopause.

Namun, mungkin tak ramai tahu bahawa bagi lelaki pula, mereka akan mengalami satu fasa yang dikenali sebagai PADAM.

Menurut Dr Suhazeli Abdullah, PADAM adalah istilah singkatan bagi (Partial Androgen Deficiency of Aging Males), iaitu proses kemerosotan hormon testosterone.

Jom ketahui lebih lanjut tentang penyakit PADAM pada lelaki melalui sebuah hantaran yang dikongsikan oleh beliau.

Apakah PADAM (Partial Androgen Deficiency of Aging Males) Pada Lelaki?

Lelaki tiada istilah PUTUS HAID sebab lelaki tiada haid bulanan tetapi lelaki ada istilah PADAM (Partial Androgen Deficiency of Aging Males).

Bermula umur 40 tahun ke atas lelaki akan mengalami kemerosotan hormon jantan (testosteron) mereka 0.4% hingga 1.6% setiap tahun.

Testosteron adalah satu dari hormon jantan yang utama dalam kategori Androgen.

Baca juga: Kitaran Haid: 4 Fasa Ovulasi Kena Faham Kalau Nak Tahu Waktu Subur

Tanda-tanda PADAM Pada Lelaki

Kajian di Sweden mendapati bahawa 85% lelaki yang berumur 55 tahun ke atas mengalami tanda-tanda PADAM ini.

Apabila hormon testosterone ini makin mengurang maka tanda-tanda berikut boleh berlaku seperti:

  • Merasa diri lemah dan letih.
  • Kurang nafsu seks.
  • Murung.
  • Kurang bermotivasi.
  • Terganggu kesihatan mental seperti sentiasa rimas dan gugup.
  • Terlalu sensitif dan mudah terasa hati.
  • Susah untuk tidur.
  • Terlalu cepat letih semasa bekerja dan bersukan.
  • Kurang tumpuan / konsentrasi semasa berfikir.
  • Senang lupa.
  • Tidak dominan dalam keluarga atau komuniti.
padam lelaki

Baca juga: Vaksin Untuk Warga Emas Mulai April. Ini Cara Daftar Tanpa MySejahtera

Bolehkah Ia Dirawat?

Vitamin atau produk yang mengaku untuk menguatkan tenaga batin tidak boleh meningkatkan hormon testosteron ni.

Jika terdapat jurujual yang mendakwa boleh meningkatkan testosterone, ia adalah kelentong semata-mata.

Malah produk-produk yang tidak disahkan oleh KKM itu tidak mempunyai profil ciri-ciri keselamatan pun.

Lebih banyak mendatangkan mudarat pun ada.

Kebanyakan produk itu mencampurkan bahan-bahan terlarang seperti Sildenafil (Viagra) yang melebihi dos ditetapkan.

Sildenafil bukan ubat untuk meningkatkan testosteron tetapi dia hanya boleh mengembangkan segala salur darah termasuk salur darah otak dan jantung serta alat kelamin.

Sebab itu kesan sampingan yang paling biasa berlaku ke atas sesiapa yang makan Sildenafil yang melebihi dos adalah serangan stroke dan sakit jantung sebaik sahaja makan ubat terlarang itu.

Ada yang mati di atas katil pun dilaporkan.

4 Cara Semulajadi Meningkatkan Hormon Testosterone

Empat kaedah secara semulajadi bagaimana hormon testosterone ini boleh ditingkatkan.

Dengan kata lain bahawa anda tidak ‘padam’.

  1. Jaga kualiti tidur dan tidur secukupnya.
    • Elakkan gangguan sebelum tidur seperti menonton TV atau melihat telefon; tidur ikut waktu yang tetap setiap hari; elakkan minuman berkafein (kopi); suasana bilik tidur adalah gelap dan aroma bilik tidur adalah harum.
  2. Kurangkan berat badan.
    • Kajian mendapati setiap gram berat badan dikurangkan akan meningkatkan hormon testosteron secara selanjar (Lihat gambar).
  3. Amalkan bersukan.
    • Amalkan sukan secara tetap paling minima 3 kali seminggu, durasi senaman melebihi 30 minit. Hormon jantan akan keluar sebaik sahaja senaman dilakukan.
  4. Amalkan pemakanan sihat, jangan telan dadah berbahaya, minum arak dan jangan merokok.
    • Amalan pemakanan sihat secara semulajadi yang mengandungi zat magnesium dan zink boleh membantu meningkatkan hormon testosteron. Suplemen tidak membantu meningkatkan testosteron, malah mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini. Bahkan kajian mendapati penyerapan suplemen magnesium hanya 12% (kajian atas tikus), 4% (kajian atas manusia). Selebihnya zat itu dikeluarkan melalui najis. Oleh itu pemakanan sihat seharian sudah memadai.

Sekian
Suhazeli Abdullah
10.3.2021
Pasir Simpul

Rujukan
[1] Handelsman DJ, et al. Age-specific population centiles for androgen status in men. Eur J Endocrinol. (2015)
[2] Michael Hull. How can you increase testosterone naturally? Examine Online. Oct 23, 2020

*Pautan sumber asal: FB Dr Suhazeli Abdullah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: