Lagu Kami Guru Malaysia: Lirik Lagu & Biodata Penciptanya

Lagu Kami Guru Malaysia ~ Sempena Hari Guru, nyanyian Lagu ‘Kami Guru Malaysia’ adalah merupakan salah satu tentatif wajib dalam sambutan Hari Guru.  

Lagu ini menggambarkan tekad dan semangat para guru untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar sebagai seorang pendidik. Walaupun ringkas sahaja, namun liriknya cukup berkesan untuk didalami. 

Jom lihat lirik serta biodata ringkas pencipta lagu ini seperti yang dikongsikan di bawah. 

BACA JUGA: Contoh Ucapan Hari Guru, Pantun & Puisi – Selamat Hari Guru!

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia

Lagu & Lirik: Hashim Ahmad

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu (membantu), membina (membina)
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan (2x)

Biodata Pencipta Lagu Kami Guru Malaysia

Saban tahun lagu ini dinyanyikan oleh para pendidik di seluruh negara, namun tahukah anda siapakah pencipta lagu dengan rentak yang penuh semangat ini?

Lagu Kami Guru Malaysia

Untuk pengetahuan anda, lagu tersebut dicipta oleh arwah Cikgu Hashim Ahmad. Beliau merupakan anak kelahiran Tanjung Tokong, Pulau Pinang dan bekas penuntut Penang Free School. Beliau juga merupakan bekas guru di beberapa sekolah di Kedah. 

Lagu ini telah dipertandingkan dalam Pertandingan Menulis Lagu & Lirik Guru Malaysia tahun 1988 dan berjaya dimenangi oleh beliau. 

Lagu Kami Guru Malaysia

Berikut adalah merupakan perkongsian anak arwah di Facebook mengenai beliau dan penciptaan lagu ini; 

“Semalam Hari Guru, setiap tahun Hari Guru saya mesti ingat kata2 arwah ayah “Linda, ada dgr di radio atau tv tak lagu ayah?” Tapi itu 16 tahun yang dulu masa arwah masih ada. 

Arwah adalah anugerah dari Allah yg paling berharga buat kami sekeluarga, arwah adalah pencipta dan penulis lirik “Kami Guru Malaysia”. 

Bukan sahaja seorang ahli muzik tapi arwah juga seorang “GURU” dan seorang pelukis. 

Arwah selalu kata “takpa depa tak kenal sapa yg buat lagu tu, tapi depa menyanyikan setiap tahun pun , ayah dah seronok sangat”. 

Itulah Cikgu Hashim Ahmad, anak kelahiran Tanjung Tokong, Pulau Pinang dan bekas penuntut Penang Free School. 

Ramai yang tidak tahu akan siapa pencipta lagu Kami Guru Malaysia, ramai yg tidak tahu bahawa arwah seorang guru sehinggakan KPM juga lewat untuk mengetahuinya semasa arwah masih ada, penghargaan diberi hanya setelah arwah meninggalkan kita. 

Tapi itu semua atas pendirian arwah tidak perlu diberitahu dan sebagai anak kami semua mengikut kehendaknya. 

Tapi setelah beberapa tahun arwah meninggalkan kami tergerak hati saya menghantar email kepada Pengarah Pendidikan bukan kerana hendak penghargaan tetapi saya minta dibacakan Al Fatihah untuk arwah bila masa menyambut Hari Guru sebelum lagu dinyanyikan, akhirnya barulah KPM tahu yg pencipta lagu adalah seorang guru, masa itu yg menjadi menteri adalah PM kita sekarang. Saya dijemput ke Putrajaya bertemu Pengarah Pendidikan. 

Lagu arwah telah menjadi HAK KERAJAAN MALAYSIA dan sebagai anak saya akan terus berbangga setiap kali hadirnya 16hb Mei. 

Lagu Kami Guru Malaysia

Al Fatihah untuk arwah ayah, Allahyarham Cikgu Hashim Ahmad.

Pernah menjadi Guru di sekolah:

  • Sek.Ren.Keb Tanjung Tokong
  • Sek.Ren. Keb Langkasuka,Yan,Kedah.
  • Sek.Ren.Keb. Sri Aman,Bedong.
  • Sek.Ren.Keb. Ibrahim,Sg.Petani,Kedah.
  • Sek.Ren.Keb..Khir Johari,Sg.Petani Kedah.
  • Sek.Ren.Keb.Sg Layar,Sg. Petani,Kedah. 
  • Sek.Men.Khir Johari,Sg.Petani,Kedah.
  • Sek.Ren.Keb.Kem Lapangan Terbang Sg.Petani,Kedah (Sebagai Guru Besar)
  • Sek.Ren.Keb St Theresa Sg.Petani,Kedah (sebagai Guru Besar)

Itu saja sekolah yg saya dapat ingat tapi ada lagi beberapa sekolah kerana arwah adalah Guru Muzik Beredar. “

Kredit: Azlinda Hashim

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami

Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami

Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti

Kepada masyarakat dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara

Kami mengamalkan Prinsip Rukun Negara

Pada setiap masa.

BACA JUGA: 10 Idea Hadiah Hari Guru Yang Berguna dan Menarik!

—-

Akhir kata, Selamat Hari Guru & Terima Kasih Cikgu!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: