Kit Ujian Influenza Boleh Dibeli Di Farmasi, Ini Cara Penggunaannya
KIT UJIAN INFLUENZA : Tahukah anda?
Gejala bagi Influenza mungkin lebih teruk berbanding C-19 kerana ada gejala demam panas melebihi 38 ‘ C dengan batuk dan batuk teruk beserta bersin.
Anda sebenarnya boleh melakukan ujian kendiri (air liur) menggunakan kit ujian kendiri yang boleh dibeli di farmasi.
Kit ujian ini boleh mengesan C-19 dan Influenza pada masa yang sama. Jika naik 2 garisan di bahagian Flu A/ Flu B bermaksud anda telah POSITIVE influenza.
Jika anda bergejala, elakkan pergi ke tempat awam yang sesak. Anak anak jangan dihantar ke sekolah dan jika gejala berterusan dapatkan pemeriksaan.
Sumber: Public Health Malaysia
Cara Penggunaan Kit Ujian Influenza
- Keluarkan kaset ujian dari kantung kerajang tertutup dan gunakannya secepat mungkin. Keputusan terbaik akan diperolehi jika ujian dilakukan sejurus selepas membuka kantung foil.
- Letakkan Tiub Pengekstrakan dan pegang botol reagen pengekstrakan terbalik secara menegak. Picit botol dan biarkan larutan jatuh ke dalam tiub perahan dengan bebas tanpa menyentuh tepi tiub. Tambah 10 titis reagen pengekstrakan (Lebih kurang 400ul) ke dalam Tiub Pengekstrakan. Lihat ilustrasi 1.
- Letakkan spesimen swab dalam Tiub Pengekstrakan. Putar swab selama lebih kurang 10 saat sambil menekan kepala pada bahagian dalam tiub untuk melepaskan antigen dalam swab. Lihat ilustrasi 2.
- Tanggalkan swab sambil picit kepala swab pada bahagian dalam Tiub Pengekstrakan semasa anda mengeluarkannya untuk mengeluarkan sebanyak mungkin cecair daripada swab. Buang swab mengikut protokol pelupusan sisa biohazard anda. Lihat ilustrasi 3 di bawah.
- Pasangkan hujung penitis di atas tiub perahan. Letakkan kaset ujian pada permukaan yang bersih dan rata. Lihat ilustrasi 4.
- Tambah tiga titis larutan (lebih kurang 120ul) ke dalam telaga sampel dan kemudian mulakan pemasa.
- Tunggu sehingga garisan berwarna muncul. Baca keputusan pada 15 minit. Jangan tafsirkan keputusan selepas 20 minit.
Info Ringkas
Soalan 1: Apakah Influenza?
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk manakala bagi negara-negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa (termasuk Malaysia), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.
Soalan 2: Apakah Gejala Influenza?
Secara kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi :
- Demam
- Selesema
- Sakit tekak
- Batuk
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Sukar bernafas
- Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)
- Kerap kali jangkitan virus influenza sekadar menyebabkan gejala jangkitan yang ringan pada kebanyakan orang yang mempunyai tahap immuniti badan yang baik.
Soalan 3: Bagaimana Cara Penularan Influenza?
Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Soalan 4: Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?
- Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
- Wanita hamil
- Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
- Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma, dan lain-lain)
- Individu obes
- Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi, dan lain-lain.)
- Soalan 5: Adakah Terdapat Rawatan yang Khusus bagi Influenza?
Secara amnya, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan influenza, dimana salah satu dari pilihan rawatan adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.
Soalan 6: Bagaimanakah Cara Mencegah Influenza?
Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta.
Selain dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:
- Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
- Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
- Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
- Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
- Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).
Soalan 7: Mengapakah Vaksin Influenza Perlu diambil Secara Tahunan?
Vaksin influenza perlu diambil secara tahunan kerana formulasi vaksin influenza perlu dikemaskini berdasarkan saranan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan kandungannya sepadan dengan virus influenza yang diunjurkan menular pada setiap musim. Ini disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada struktur virus influenza secara berterusan dan proses ini dikenali sebagai antigenic drift.
Sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Baca juga: