Kad Prihatin Siswa: Pengenalan, Kelebihan & Cara Pengaktifan

Kad Prihatin Siswa: Pengenalan, Kelebihan & Cara Pengaktifan | Tahukah anda,  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB telah melancarkan Kad Prihatin Siswa.

Ini adalah bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT.

Setiap pelajar wajib memberi maklum balas pada borang persetujuan yang terdapat dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) berkenaan Kad Prihatin Siswa ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Kad Prihatin Siswa ini. 

Apa itu Kad Prihatin Siswa?

Kad Prihatin Siswa adalah merupakan cetusan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). 

Ia adalah merupakan inisiatif pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memperkasakan mahasiswa menerusi aplikasi e-Wallet bersama universiti awam (UA) seluruh negara dengan kerjasama RHB Bank Berhad. 

KAD PRIHATIN SISWA

Ia bertujuan untuk menyelaraskan pinjaman mahupun bantuan kewangan serta mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan juga kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kad Prihatin Siswa ini turut diperkenalkan untuk memberi tawaran istimewa kepada pemegang kad tersebut.

Ia bukan sahaja berfungsi sebagai kad identiti pelajar, malahan juga berfungsi sebagai kad debit untuk memudahkan pelajar membuat bayaran tanpa tunai di kampus. 

Kad Matrik pelajar sedia ada telah dinaiktaraf dengan gabungan Kad Debit Islamic RHB Bank yang memberikan banyak kebaikan kepada pelajar terutamanya dari segi penggunaan bayaran tanpa tunai di dalam kampus.

Bayaran wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga akan dihubungkan dengan kad ini.

Kad ini berfungsi bukan sekadar kad matrik pelajar sahaja tetapi ia juga mempunyai fungsi lain iaitu sebagai kad debit. 

BACA JUGA: MyRailLife KTMB | Pas Perjalanan Percuma Untuk OKU & Pelajar

Kelebihan Kad Prihatin Siswa

Aktifkan kad debit-i RHB MySiswa & Akaun Simpanan-i Pro RHB anda di cawangan RHB berdekatan untuk menikmati promosi eksklusif dan menerima wang PTPTN sekiranya anda adalah penerima PTPTN.

Berikut ialah antara kelebihan lain kad ini:

  • Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT.
  • Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.
  • Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.
  • Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.

Selain itu, anda juga berpeluang mendapatkan pelbagai promosi daripada rangkaian eWallet Boost, FavePay, McDonalds dan Starbucks.

kad prihatin siswa
KAD PRIHATIN SISWA

Faedah

Berikut ialah faedah memiliki kad ini:

  • Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif KPS.
  • Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar universiti bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.
  • Akaun Simpanan-i Pro RHB akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar universiti. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar perlu menggantikan KPS (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.
  • Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di universiti.

BACA JUGA: Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar IPT 2023

Cara Mengaktifkan KPS

Anda boleh rujuk cara membuat pengaktifan KPS mengikut universiti masing-masing seperti di bawah:

UiTM

Pelajar UiTM boleh mengaktifkan Kad Debit-i RHB MySiswa & Akaun Simpanan-i Pro RHB anda di cawangan RHB berdekatan DENGAN SEGERA untuk menikmati promosi eksklusif dan menerima wang PTPTN sekiranya anda adalah penerima PTPTN.

A. Pelajar Baharu UiTM

  • Kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu UiTM mulai Julai 2023 dan kemasukan seterusnya, semua pelajar baharu UiTM perlu membuka akaun Simpanan I-Pro RHB terlebih dahulu di mana-mana cawangan bank RHB sebelum hadir ke kampus UiTM untuk membuat pendaftaran sebagai pelajar baharu UiTM. Klik tatacara pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris).
  • Cetakan kad Prihatin Siswa hanya dapat dilaksanakan oleh pihak UiTM sekiranya pelajar baharu UiTM telah memuat naik gambar di sistem UCMS (kad.uitm.edu.my).
  • Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan KPS dengan akaun bank Simpanan I-Pro pelajar yang telah berjaya dibuka. Pengaktifan ini bagi memastikan transaksi bank ke atas akaun tersebut dan KPS yang diperolehi pelajar UiTM boleh dibuat secara atas talian atau menggunakan mesin ATM. 

B. Pelajar Lama UiTM

  • Maklumat pelajar UiTM yang telah memberi consent bagi pembukaan akaun Simpanan I-Pro RHB akan dihantar kepada pihak bank RHB bagi tujuan pembukaan akaun bank tersebut oleh pihak bank RHB. Jika pembukaan akaun tersebut berjaya dibuat oleh pihak bank RHB, pelajar UiTM akan menerima sms dan emel daripada pihak bank RHB berkaitan kejayaan pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro.
  • Cetakan KPS hanya dapat dilaksanakan oleh pihak UiTM sekiranya pelajar UiTM telah memuat naik gambar di sistem UCMS (kad.uitm.edu.my).
  • Pelajar UiTM perlu menuntut atau mendapatkan KPS di kampus UiTM masing-masing. Sila rujuk  di pauta berikut:

https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa

  • Pihak bank RHB akan hadir ke kampus UiTM bagi mengaktifkan KPS dengan akaun bank Simpanan I-Pro pelajar yang telah berjaya dibuka. Pengaktifan ini bagi memastikan transaksi bank ke atas akaun tersebut dan KPS yang diperolehi pelajar UiTM boleh dibuat secara atas talian atau menggunakan mesin ATM. 

Walaubagaimanapun, pelajar UiTM kategori di bawah boleh hadir ke mana-mana cawangan bank RHB untuk mengaktifkan KPS dengan membawa kad pengenalan:

  • Telah mendapat / menuntut kad fizikal Prihatin Siswa di dalam kampus UiTM.
  • Telah mendapat sms/emel daripada pihak bank RHB berkaitan pembukaan akaun bank Simpanan I-Pro.

NOTA: Pelajar UiTM TIDAK PERLU HADIR ke mana-mana cawangan bank RHB yang berdekatan bagi mendapatkan/menuntut  kad Prihatin Siswa UiTM. Semua urusan cetakan dan tuntutan kad Prihatin Siswa UiTM oleh pelajar UiTM HANYA dilaksanakan di dalam kampus UiTM sahaja. Sila rujuk pautan berikut: 

https://kpsiswa.uitm.edu.my/penting/tuntutan-kad-prihatin-siswa

KAD PRIHATIN SISWA

Info Tambahan:

Bagi pelajar lama yang telah memuat naik gambar di dalam sistem UCMS , sila tuntut Kad Prihatin Siswa / MySiswa anda di Pejabat Bahagian HEA Fakulti / kampus masing-masing dengan segera. Layari pautan pautan berikut: https://kpsiswa.uitm.edu.my/ untuk maklumat lanjut.

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Pelajar UPM boleh mengaktifkan Kad Debit-i RHB MySiswa & Akaun Simpanan-i Pro RHB anda di cawangan RHB berdekatan DENGAN SEGERA untuk menikmati promosi eksklusif dan menerima wang PTPTN sekiranya anda adalah penerima PTPTN.

KAD PRIHATIN SISWA

IIUM

KAD PRIHATIN SISWA
KAD PRIHATIN SISWA

UNIMAS

KAD PRIHATIN SISWA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

KAD PRIHATIN SISWA

UNIVERSITI MALAYA (UM)

KAD PRIHATIN SISWA
kad prihatin siswa rhb

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

KAD PRIHATIN SISWA

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Semua pelajar WAJIB untuk membuat pengesahan Surat Persetujuan Kad Prihatin Siswa di Portal iStudent di pauatan berikut: https://iaccess.usim.edu.my/login

NOTA: Kad ini adalah KAD MATRIK BAHARU USIM dan kad debit. Semua pelajar WAJIB bertukar ke Kad Prihatin Siswa ini.

KAD PRIHATIN SISWA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

kad prihatin siswa

Pelajar boleh rujuk cara pengaktian melalui hebahan di pautan berikut:

https://www.facebook.com/heputm/posts/pfbid0xetzhJZHjYcSszqrtbwv4dbarLEGSkK62E5jvSnhQTUVDseTabv5ozzAP6P67eYUl

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

1. Bermula 12 Jun 2023, semua urusan di pejabat Pusat Tanggungjawab seluruh kampus perlu menggunakan Kad Prihatin Siswa sebagai kad kampus pelajar yang baharu.

2. Bagi pelajar peminjam PTPTN adalah diwajibkan mengambil dan mengaktifkan Kad Prihatin Siswa untuk urusan pengkreditan pinjaman dan sebagainya.

3. Semakan status cetakan boleh disemak melalui sistem maklumat pelajar di pautan berikut: https://ukmcard.ukm.my/

4. Pelajar dikehendaki membawa *Kad Pelajar* dan *Kad Pengenalan/Passport* bagi urusan pengaktifan akaun dan kad bank.

5. Kad Prihatin Siswa ini merupakan kad kampus dan kad bank. Pelajar *Tidak Boleh* mewakilkan individu lain untuk mengambil kad ini.

6. Pelajar boleh mengaktifkan Kad Prihatin Siswa di mana-mana cawangan RHB Bank yang berdekatan.

KAD PRIHATIN SISWA

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

UUM

SIla rujuk poster di bawah untuk cara pengaktifan Kad Prihatin Siswa anda. 

KAD PRIHATIN SISWA

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari/hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: