Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 – PM
Sukacita dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023!
Jom semak info lanjut mengenai Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan ini.
Cuti Tambahan Sempena Hari Raya Aidilfitri
Dalam satu pengumuman, kerajaan bersetuju supaya hari Jumaat, 21 April 2023 diisytiharkan sebagai Cuti Peristiwa.
Sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, maka secara automatik Isnin, 24 April 2023 akan diisytihar sebagai Cuti Peristiwa.
Kedua-dua cuti ini tertakluk bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Labuan. Sementara itu, untuk Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri boleh mengisytiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.
Dengan adanya cuti tambahan ini, umat muslim yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri diharapkan dapat membuat perancangan cuti balik kampung serta segala persiapan dengan baik.
BACA JUGA: ATM Raya: Lokasi Mesin ATM Tukar Duit Raya Seluruh Malaysia 2023
‘Berita Baik’ Sempena Hari Raya Aidilfitri – PM
Selain berita mengenai cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 ini, berikut adalah ringkasan bagi berita gembira yang telah diumumkan dalam sidang media PM Anwar Ibrahim.
1. Tol RAHMAH Percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini.
2. Menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.
3. Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.
4. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).
5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan.
6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera.
BACA JUGA: Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023 – JAKIM
Kesimpulan
Semoga ‘berita baik’ yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini akan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
Bagi perantau yang hendak balik ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri, sila pandu dengan berhati-hati dan rancang perjalanan anda sebaiknya.
Selamat bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri!