Cara Elak Kena Add Di Group Telegram Oleh Orang Tak Dikenali

Aduhai…Rimasnya, tiba-tiba selalu sangat kena add masuk Group Telegram ni? Kebanyakannya Group Spam, Iklan dan Forex. Sampai tak larat nak leave dah. Apa nak buat?”

Group telegram add

Mesti ramai yang mengalami masalah yang sama sejak akhir-akhir ni kan.

Tiba-tiba je kena add masuk Group Telegram oleh nombor orang yang tak dikenali.

Satu hal pula asyik nak kena Leave Group. Leceh juga kan macam ni?

Sebenarnya, anda boleh adjust bahagian Setting di Telegram supaya nombor telefon anda tidak boleh dimasukkan ke dalam mana-mana Group Telegram sesuka hati oleh orang yang tak dikenali.

Di sini kami kongsikan caranya ok!

Cara Elak Kena Add Di Group Telegram Oleh Orang Yang Tak Dikenali

Untuk mengelakkan Telegram anda di’spam’ dengan mesej atau Group yang tak dikenali, jom tukar Setting & Privacy.

  1. Buka aplikasi Telegram di telefon bimbit anda
  2. Tekan ikon Setting (3 garisan) pada bahagian hujung atas kiri
  3. Pilih menu Settings
  4. Tekan Privacy & Security. Nanti anda akan nampak paparan yang menunjukkan siapa yang boleh membuat panggilan, menghantar mesej, melihat gambar profail dan menambah anda ke dalam Group Telegram.
  5. Pilih Groups untuk menukar tetapan dari Everybody kepada My Contacts.
  6. Tekan tanda (/).
  7. Selesai! Selepas ini hanya orang yang tersenarai dalam Contacts anda boleh add ke Group_Telegram.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

CARA SETTING TELEGRAM UNTUK ELAK AUTO-ADD KE GROUP OLEH ORANG TAK DIKENALI

LANGKAH 1

Buka aplikasi Telegram di telefon bimbit anda

Group telegram add

LANGKAH 2

Tekan ikon Setting (3 garisan) pada bahagian hujung atas kiri

Group telegram add

LANGKAH 3

Pilih menu Settings

LANGKAH 4

Tekan Privacy & Security. Nanti anda akan nampak paparan yang menunjukkan siapa yang boleh membuat panggilan, menghantar mesej, melihat gambar profail dan menambah anda ke dalam Group_Telegram.

LANGKAH 5

Pilih Groups untuk menukar tetapan dari Everybody kepada My Contacts.

Tekan tanda (/) di bahagian atas kanan menu.

Selesai!

Selepas ini hanya orang yang tersenarai dalam Contacts anda boleh add ke Group_Telegram.

Baca juga:

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: