Biodata Julia Rais, Isteri Kedua YDP Agong Ke16
Biodata Julia Rais, Isteri Kedua YDP Agong | Untuk pengetahuan anda, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai dua orang isteri.
Yang pertama ialah, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah manakala isteri keduanya pula ialah, Yang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Aishah binti Abdul Rais atau lebih dikenali sebagai Julia Rais.
Walaupun tidak pernah lagi muncul di publik, namun beliau masih sering menjadi sebutan ramai kerana merupakan salah satu bekas pelakon wanita yang hebat dan terkenal pada era awal 1990-an.
Jom baca lebih lanjut mengenai beliau melalui perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Ustazah Norhafizah Musa: Biodata, Pencapaian & Anugerah Diterima
Biodata Julia Rais
Julia Aishah binti Abdul Rais atau Julia Rais adalah merupakan seorang wanita yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris. Jadi tidak hairanlah, beliau mempunyai wajah yang sangat jelita dan menarik.
Beliau telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 19 Februari 1971 dan mempunyai seorang kakak (Zalina Rais), kakak tiri (Fazlyn) dan abang tiri (Rafiza).
Beliau juga merupakan bekas pelakon wanita yang terkenal pada era awal 1990-an dan berjaya membintangi pelbagai jenis iklan, drama bersiri serta filem sepanjang kariernya.
Julia Rais mula memasuki bidang lakonan pada lewat tahun 1980-an dan mengembangkan lagi bakatnya apabila ramai pihak syarikat produksi mula menawarkan beliau untuk berlakon dalam beberapa cereka filem.
Walaubagaimanapun Julia Rais sudah tidak lagi muncul di dunia seni semenjak bergelar seorang isteri kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau telah berkahwin dengan Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ketika itu merupakan Tengku Mahkota Pahang sebagai isteri keduanya pada tahun 1991.
Setelah berkahwin, beliau dikurniakan gelaran Cik Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri kerabat diraja yang berasal dari orang kebanyakan dan bukan berketurunan raja dengan panggilan hormat Yang Amat Berbahagia.
Terdapat rumor mengatakan bahawa beliau telah berpindah dan menetap bersama di England bersama ibu kandungnya selepas berkahwin. Malah semua anaknya juga bersekolah di United Kingdom.
BACA JUGA: Jom Kenali Tengku Hassanal – Ini Biodata & Wajah Anakanda YDP Agong
Secara ringkasnya, berikut ialah biodata beliau:
- Nama: Julia Aishah binti Abdul Rais
- Tarikh lahir: 19 Februari 1971
- Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Nama suami: Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (k. 1991)
- Nama anak-anak:
- YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan
- YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera
- YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana
- Nama Bapa: Abdul Rais Yeop
- Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail
- Anugerah: Anugerah Bintang Harapan, Pelakon Wanita Terbaik