in

Bantuan Prihatin – Kasih Asnaf 3.0: Bantuan RM500 One-off Untuk Penjaja

ADVERTISEMENT

SUMBANGAN ONE-OFF RM500 BANTUAN PRIHATIN – KASIH ASNAF 3.0

Bantuan Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 ini merupakan program bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hanya bertindak sebagai pemudahcara dalam program bantuan ini.

ADVERTISEMENT

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif bantuan ini.

Bantuan prihatin kasih asnaf 3.0

Baca juga: Semakan Status & Tarikh Bayaran Pertama i-Citra KWSP (Ogos 2021)

Apakah Program Prihatin Kasih Asnaf 3.0?

Bantuan Prihatin – Kasih Asnaf 3.0 adalah sebuah program bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama DBKL yang bertindak sebagai pemudahcara dalam pengagihan bantuan ini khususnya bagi golongan penjaja / peniaga pasar malam.

Inisiatif ini juga melibatkan penerima yang terjejas akibat pandemik seperti pemandu teksi, pengusaha & pemandu bas sekolah, oengusaha kantin, pengawal keselamatan, OKU dan guru KAFA.

Bantuan prihatin kasih asnaf 3.0

Kadar Bantuan

Sumbangan secara one-off sebanyak RM500.00 diberikan kepada penjaja pasar malam di Kuala Lumpur yang layak menerima bantuan berdasarkan kriteria dan proses tapisan oleh pihak MAIWP.

Kaedah Bayaran

Sumbangan akan dibayar secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima yang layak.

Penerima yang layak perlu membuat pendaftaran tuntutan melalui laman web ini:

https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx

Tarikh Permohonan

Proses tuntutan boleh dilakukan mulai 19 JULAI 2021 sehingga 15 OGOS 2021.

Bantuan prihatin kasih asnaf 3.0

Baca juga: Pendaftaran Vaksin Untuk Anak / Remaja Di MySejahtera

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berhubung bantuan ini, boleh berhubung dengan Encik Danial dan Puan Atiqah melalui aplikasi whatsapp ditalian 011-5659 3734 pada jam 09.00 pagi hingga 04.30 petang.

ATAU

Layari https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/sumbangan_maiwp.aspx untuk proses pendaftaran dan semakan status secara online.

Laman sosial rasmi

  1. DBKL : https://www.facebook.com/dbkl2u/
  2. Baitulmal MAIWP : https://www.facebook.com/baitulmal.wp/
  3. MAIWP: https://www.facebook.com/maiwphq/

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Resepi Nasi Ayam Hainan. Hidangan Ala Chee Meng Style!

Resepi Pisang Goreng Rangup. Tips Tahan Rangup Sehingga 5 Jam!