Panduan Memohon Rumah IKRAM KPKT, Sewaan RM124 Sebulan
PERMOHONAN RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA RM124 SEBULAN
Ramai yang terjejas akibat bencana Covid-19. Ada yang hilang punca pendapatan sehingga meraka tidak mampu membayar sewa rumah yang tinggi.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, pasukan KPKT telah memperkenalkan inisiatif Rumah IKRAM Keluarga Malaysia.
Inisiatif ini akan menawarkan sewaan kediaman di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sehingga dua tahun pada kadar yang paling minima iaitu RM124 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Johor pada peringkat permulaan ini.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang rumah IKRAM dan bagaimana membuat permohonan.
Apakah Rumah IKRAM?
Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri, DS Ismail Sabri Yaakob pada 24 September 2021.
Inisiatif ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak lagi mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan seumpamanya.
Bagi tahun 2021 ini, RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA akan ditambah kepada 2,000 unit.
Semua penerima RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA juga akan diberikan pengecualian bayaran sehingga 6 bulan bermula dari tarikh menerima kunci.
Kerajaan juga tidak akan meminggirkan kebajikan penghuni PPR. Program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah pengurusan KPKT akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.
Inisiatif dan ikhtiar kerajaan ini adalah untuk memastikan Keluarga Malaysia yang memerlukan sentiasa diberi bantuan.
Lokasi Rumah IKRAM
Rumah IKRAM KPKT disediakan di kawasan PPR sekitar Selangor, KL, Kedah, Kelantan, Johor untuk permulaan.
Projek yang terlibat adalah seperti berikut:
- PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
- PPR Lembah Subang 2, Selangor
- PPR Amanjaya, Kedah
- PPR Kota Setar, Kedah
- PPR Sinar Intan 3, Kedah
- PPR Kota Bharu, Kelantan
- PPR Gua Musang, Kelantan
- PPR Sg. Melana 2, Johor
Lihat senarai projek di pautan berikut: https://teduh.kpkt.gov.my/project?scheme=RUMAH%20IKRAM%20KELUARGA%20MALAYSIA
Dalam masa akan datang, ia akan diperluas dan ditambah di setiap negeri.
Syarat Permohonan
Golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti di bawah layak membuat permohonan
- Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan keatas;
- Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya; dan
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
Baca juga: RMR Perakku Prihatin: Mohon Rumah Pertama Serendah RM210 Sebulan
Kadar Sewa
Kadar sewa yang ditetapkan di bawah inisiatif ini adalah RM124 sebulan dengan tempoh mendiami maksima dua tahun.
Pemohon akan mendapat sewaan yang percuma selama enam (6) bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung.
Bagaimana Cara Permohonan Rumah IKRAM KPKT?
Anda perlu membuat permohonon secara dalam talian di Portal TEDUH KPKT.
Untuk memohon secara online, anda cuma perlu melakukan 8 langkah berikut:
- Layari portal https://teduh.kpkt.gov.my
- Daftar Akaun SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
- Log masuk dengan akaun yang didaftarkan.
- Pilih skim RUMAH IKRAM KPKT.
- Lengkapkan maklumat pemohon.
- Pilih projek RUMAH IKRAM KPKT.
- Muatnaik dokumen sokongan.
- Buat pengesahan dan hantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline KPKT di talian 03-8891 4475.
ATAU
Sila hubungi saluran berikut:
- Facebook KPKT : https://www.facebook.com/KPKTMalaysia
- Twitter KPKT : https://twitter.com/kpkt_gov
Baca juga: Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan