Bantuan Laptop Pelajar & Data Internet Mulai Februari Ini – Yayasan Hasanah

Menurut kenyataan Media Yayasan Hasanah iaitu entiti di bawah Khazanah Nasional, penyaluran komputer riba akan dibuat seawal Februari ini.

Sebagaimana yang diisytiharkan dalam pembentangan Bajet 2021, penyaluran bantuan 150 ribu komputer riba kepada pelajar sekolah rendah dan menengah itu bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan norma baharu pelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah.

Baca juga: Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Percuma Untuk B40 – YTL Foundation

Apakah Tabung Cerdik?

CERDIK ialah tabung tanggungjawab sosial yang mengumpulkan dana dari 13 syarikat GLC dan GLIC tempatan, antaranya termasuklah Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Petronas.

Yayasan Hasanah, sebuah entiti Khazanah Nasional Bhd merupakan sekretariat bagi inisiatif ini yang akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan sumbangan dapat disasarkan dengan lebih bijak dan kepada golongan memerlukan.

Kelayakan Bantuan Laptop Pelajar 2021

Keutamaan adalah bagi pelajar-pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah mendapatkan akses kepada pembelajaran dalam talian.

Pemilihan Peranti

Menurut kenyataan media oleh Yayasan Hasanah itu, KPM akan memutuskan secara teliti mengenai spesifikasi perkakasan dan perisian bagi memastikan pelaksanaan mampan, termasuk sokongan jaminan, kebolehgunaan dan jangka hayat lebih lama untuk pembelajaran digital masa depan.

Pemilihan Pelajar

Pemilihan pelajar dan sekolah untuk inisiatif Cerdik akan ditentukan Kementerian Pendidikan (KPM).

Baca juga: Manual PdPR KPM (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah)

Tentang Yayasan Hasanah

Yayasan Hasanah (Hasanah) lahir sebagai sebuah yayasan penganugerahan geran bebas pada 1 Julai 2015, dengan matlamat untuk mencetuskan impak lebih besar yang memperlengkap usaha-usaha Khazanah dalam membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaya saing pada peringkat global.

Sebagai penganjur, kolaborator, dan pemangkin perubahan, Yayasan Hasanah memberikan tumpuan pada isu-isu masyarakat dan sosial yang mendesak, mengumpulkan para penggubal dasar, pertubuhan masyarakat madani, syarikat, dan juga masyarakat setempat untuk memberikan impak secara kolektif kepada penduduk dan juga alam sekitar.

Pada masa ini, Yayasan Hasanah menyumbang kepada 15 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), menerusi penyelesaian yang memperkasakan masyarakat, menggalakkan keinklusifan sosial, dan menambah baik alam sekitar. Daripada pembasmian kemiskinan kanak-kanak melalui pendidikan hinggalah pemastian pemuliharaan hutan kita yang kaya dan hebat serta usaha meraikan seni dan warisan budaya kita yang unik, Yayasan Hasanah komited dalam mencetuskan perubahan yang bermakna menerusi nilai-nilai pemerkasaan, amanah, integriti, keinklusifan, kesalinghubungan dan keaslian.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang bantuan laptop pelajar 2021 melalui Inisiatif Tabung Cerdik, sila rujuk kenyataan rasmi di bawah dan laman web Yayasan Hasanah.

yayasan hasanah bantuan laptop pelajar 2021
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: