Kadar Zakat Fitrah 2022 Setiap Negeri Di Malaysia (1443 H)
Dah bayar zakat fitrah?
Tahukah anda, tatacara melaksanakan ibadah Zakat Fitrah Ramadan 1443 H / 2022 M menyediakan lebih banyak kaedah bagi membolehkan pembayar membuat bayaran dengan efisyen.
Selain itu, beberapa buah negeri juga telah menetapkan lebih daripada satu kadar yang boleh dipilih oleh setiap individu.
Di sini kami kongsikan info selanjutnya tentang kadar setiap negeri dan cara membuat bayaran online.
Apakah Zakat Fitrah?
Jumhur fuqaha’ bersepakat bahawa WAJIB mengeluarkan zakat fitrah bagi setiap orang Islam yang hidup di dalam bulan Ramadhan ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَرَضَ زَكَاةَ الْفِطْرِ مِنْ رَمَضَانَ عَلَى النَّاسِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى كُلِّ حُرٍّ أَوْ عَبْدٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى مِنَ الْمُسْلِمِينَ .
Maksudnya: sesungguhnya Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada buan Ramadhan ke atas setiap manusia sebanyak satu gantang dari tamar dan gantang gandum (makanan asasi) bagi setiap yang merdeka atau hamba lelaki mahupun perempuan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oktober 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah.
Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Baca juga: 11 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan, Tahan Lebih Lama & Bertenaga
Kaedah Bayaran
Kaedah bayaran yang disediakan di setiap negeri adalah seperti berikut:
- BAYARAN DALAM TALIAN
- Bayaran melalui AMIL ZAKAT.
Untuk memudahkan pembayar, PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH ADALAH DIUTAMAKAN SECARA ONLINE kini diterima pakai oleh semua negeri.
Ia juga lebih mudah, pantas dan selamat.
Namun anda juga masih boleh membuat bayaran secara manual di Kaunter Bayaran Zakat Fitrah yang akan dibuka seperti maklumat berikut:
- Kaunter zakat fitrah DIBUKA DI MASJID,
- Kaunter zakat fitrah DIBUKA DI TEMPAT AWAM seperti kompleks membeli belah, pasar terbuka, stesen minyak dan premis perniagaan.
Perlu diingatkan amil dan pembayar mesti mematuhi peraturan / SOP yang telah ditetapkan.
Baca juga: Doa Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan (Sumber Oleh JAKIM)
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2022 Setiap negeri Di Malaysia
Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah tahun 2022 bagi setiap negeri di Malaysia.
Negeri | Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2022 |
Perlis | RM7 |
Kedah | RM7 / RM14 / RM21 |
Pulau Pinang | RM7 / RM13 / RM20 |
Perak | RM7 / RM14 / RM21 |
Selangor | RM7 / RM14 / RM21 |
Negeri Sembilan | RM7 / RM10 / RM21 |
Melaka | RM7 / RM14 / RM21 |
Johor | RM7 / RM10 |
Pahang | RM7 |
Terengganu | RM7 |
Kelantan | RM7 / RM14 / RM21 |
Sarawak | RM7 |
Sabah | RM7 |
WP Kuala Lumpur | RM7 / RM14 / RM21 |
NOTA:
- Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat – Setiap pembayar zakat dibolehkan memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka.
CONTOH:
- Kadar wajib di Wilayah Persekutuan adalah RM5 yang ditetapkan bagi meringankan beban umat Islam kurang berkemampuan untuk menunaikan zakat fitrah sewaktu pandemik Covid-19 masih melanda ketika ini.
- Manakala dua lagi kadar adalah RM7 dan RM14 ditetapkan kepada mereka yang berkemampuan serta ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras dimakan. Ini bagi kategori orang yang lebih kelapangan harta.
- Bayaran zakat fitrah melebihi kadar minimum adalah digalakkan secara sukarela dan tanpa paksaan.
Cara Bayaran Zakat Fitrah Online
Selari dengan norma baharu, pelbagai platform pembayaran disediakan antaranya ePay, SnapNPay, e-wallet Boost, JomPAY, dan melalui laman sesawang fitrah.zakat.com.my.
Untuk memudahkan anda membuat pembayaran zakat online mengikut negeri, di sini kami kongsikan link rasmi bagi setiap Majlis Agama Islam Negeri :
SENARAI KADAR BAYARAN HARGA ZAKAT FITRAH TAHUN 2022 SELURUH NEGERI
Berikut ialah kadar bayaran harga zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2022 bersamaan 1443 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan disertakan bersama pautan untuk membuat bayaran zakat secara online:
- PERLIS
- Kadar Bayaran: RM7
- Pautan Bayaran Online: https://www.maips.gov.my/
- KEDAH
- Kadar Bayaran: RM7 / RM14 / RM21
- Pautan Bayaran Online: https://jom.zakatkedah.com.my/kirazakat/kz_fitrah.php
- PULAU PINANG
- Kadar Bayaran: RM7 / RM13 / RM20
- Pautan Bayaran Online: https://www.zakatpenang.com/zpp/
- PERAK
- Kadar Bayaran: RM7 / RM14 / RM21
- Pautan Bayaran Online: https://ezakat.maiamp.gov.my/
- SELANGOR
- Kadar Bayaran: RM7 / RM14 / RM21
- Pautan Bayaran Online: https://fpx.zakatselangor.com.my/
- NEGERI SEMBILAN
- Kadar Bayaran: RM7 / RM10 / RM21
- Pautan Bayaran Online: https://www.zakatns2u.biz/fitrah/
- MELAKA
- Kadar Bayaran: RM7 / RM14 / RM21
- Pautan Bayaran Online: https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
- JOHOR
- Kadar Bayaran:RM7 / RM10
- Pautan Bayaran Online: https://fitrah.maij.gov.my/
- PAHANG
- Kadar Bayaran: RM7
- Pautan Bayaran Online: https://ezakat.muip.gov.my/
- TERENGGANU
- Kadar Bayaran: RM7
- Pautan Bayaran Online: https://ezakat.maidam.gov.my/online/
- KELANTAN
- Kadar Bayaran: RM7 / RM14 / RM21
- Pautan Bayaran Online: https://zakat.e-maik.my/v8/fitrah1443.php
- SARAWAK
- Kadar Bayaran: RM7
- Pautan Bayaran Online: https://pelanggan.tbs.org.my/
- SABAH
- Kadar Bayaran: RM7
- Pautan Bayaran Online: https://appszakat.sabah.gov.my/
- KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA & LABUAN
- Kadar Bayaran: RM7 / RM14 / RM21
- Pautan Bayaran Online:https://www.maiwp.gov.my/ (Kuala Lumpur)http://fitrah.zakat.com.my/
Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan asasi masing-masing.Kadar Zakat Fitrah 2022 / 1443H Seluruh Negeri di Malaysia
Waktu Bayaran
Tempoh waktu membuat bayaran zakat fitrah terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:
- Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
- Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
- Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Hukum Pembayaran Online
FATWA BERKENAAN HUKUM PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
Hukum pembayaran zakat fitrah secaa online adalah DIHARUSKAN.