Maulidur Rasul 2023: Tema Sambutan Kebangsaan & Tarikh Cuti Umum

Maulidur Rasul 2023: Tema Sambutan Kebangsaan & Tarikh Cuti Umum ~ Bagi memperingati kelahiran insan mulia, Nabi Muhammad SAW iaitu pada setiap 12 Rabiulawal, Malaysia telah menetapkan hari cuti umum di semua negeri pada tarikh tersebut.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai tema sambutan Maulidur Rasul 2023 dan tarikh cuti umum yang ditetapkan. 

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul adalah merupakan hari untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, iaitu nabi terakhir yang telah diutuskan kepada umat Islam. Baginda telah dilahirkan pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiul Awal, iaitu bulan ketiga dalam takwim hijrah. 

Maulidur Rasul telah diiktiraf sebagai hari cuti di kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia, dengan Arab Saudi dan Qatar terkecuali. Beberapa negara bukan Islam dengan populasi Muslim ketara seperti India juga mengiktirafnya sebagai hari cuti.

Di Malaysia, sambutan ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW. Sambutan ini diisi dengan pelbagai majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

BACA JUGA: Kalendar 2024 – Tarikh Cuti Umum Mengikut Bulan

Tema Sambutan Peringkat Kebangsaan 2023

Tema bagi sambutan 2022 adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

Untuk tahun 2023 ini, tema sambutan Maulidur Rasul belum lagi diumumkan dan akan dikemaskini daripada masa ke semasa. 

Tarikh Cuti Umum

Untuk makluman, Maulidur Rasul diisytiharkan sebagai cuti umum bagi seluruh negara. Tarikh cuti umum yang ditetapkan ialah pada: 28 September 2023 – Khamis (12 Rabiul Awal 1444H)

Ini berdasarkan Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Maulidur Rasul 2023
Takwim Islam2023 (144/1445H)

Hukum Menyambut Maulidur Rasul

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

Anda boleh rujuk: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: