in

Tarikh Peperiksaan Terkini & Jadual Waktu SPM, SVM, STAM, UPBA (Kemaskini 16 Nov)

tarikh peperiksaan terkini

Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menyediakan Pindaan Tarikh Peperiksaan Terkini Bagi Ujian Bertulis Tahun 2020 untuk peperiksaan awam berikut:

[Kemaskini 16 November]

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)

Ini adalah selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan pada 8 November 2020 berkaitan Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Serta Peperiksaan Awam Tahun 2020 bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Sila rujuk : Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

Pindaan ini juga dibuat bagi memastikan keselamatan, kesihatan
dan kesediaan calon serta petugas peperiksaan yang terlibat diberi keutamaan
selaras dengan arahan kerajaan yang sedang berkuat kuasa.

Dimaklumkan juga bahawa Surat Makluman Lembaga Peperiksaan:
Penjadualan Semula Kali Kedua Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran Tahun 2020 bertarikh 29 Jun 2020, No. Ruj: KPM.600-7/3/1 (13) dan Surat Makluman Lembaga
Peperiksaan: Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Bagi Tahun 2020 Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 11 Ogos 2020, No.Ruj: KPM.LP.600-9/4/1 (4)
adalah TERBATAL.

Tarikh dan jadual waktu peperiksaan awam tersebut telah dijadualkan semula seperti dalam jadual yang kami lampirkan di bawah.

Tarikh Peperiksaan Terkini SPM 2020 & Jadual Waktu

tarik peperiksaan terkini
tarik peperiksaan terkini
tarik peperiksaan terkini
tarik peperiksaan terkini
tarikh peperiksaan terkini

Tarikh Terkini SVM 2020 & Jadual Waktu

tarikh svm 2020

Tarikh & Jadual Waktu STAM 2020

Tarikh & Jadual Waktu STAM 2020

Tarikh & Jadual Waktu UPBA 2020 (Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa)

Tarikh & Jadual Waktu UPBA 2020 (Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa)

Maklumat Lanjut

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 di mana keputusan tersebut akan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Jadual ini boleh dimuat turun melalui portal Lembaga Peperiksan Malaysia di pautan
lp.moe.gov.my bermula pada 16 November 2020 atau terus klik di SINI untuk mendapatkan Pindaan Tarikh & Jadual Waktu Peperiksaan Awam versi PDF.

Rujuk info rasmi dan terkini dari KPM melalui Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca juga: Pengambilan Kedua UiTM, UIA, UMP & UPSI 2020/2021 Dibuka. Jom Mohon Online!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

contoh surat kebenaran rentas negeri

Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri PKPB Untuk Pasangan PJJ, Urusan Keluarga & Kecemasan

rumah mesra rakyat spnb rmr

Rumah Mesra Rakyat SPNB: Syarat Kelayakan & Permohonan Baru 2020/2021