Tanda Serangan Jantung yang Anda Perlu Ketahui

Tanda Serangan Jantung yang Anda Perlu Ketahui | Serangan jantung merupakan kemuncak kepada tanda kegagalan fungsi jantung. Ia boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah sekiranya individu tidak mengamalkan amalan gaya hidup sihat dan aktif secara fizikal. 

Jom ketahui punca dan gejala serangan jantung seperti yang dikongsikan di bawah untuk panduan bersama.

BACA JUGA: Daun Kunyit – 8 Manfaatnya Untuk Kesihatan Yang Jarang Diketahui

Bagaimana Serangan Jantung Berlaku?

Serangan jantung atau istilah perubatannya Infarksi Miokardium berlaku apabila aliran darah yang membawa oksigen ke jantung tersumbat atau berkurangan. 

Ini boleh berlaku akibat gumpalan darah atau lemak (pembentukan plak) yang berkumpul dalam dinding arteri yang berfungsi untuk mengalirkan darah ke jantung secara normal. 

Lama-kelamaan, ini akan mengurangkan bekalan oksigen kepada otot jantung dan jika tidak dirawat, tisu jantung yang terjejas boleh mati.

TANDA SERANGAN JANTUNG

Jika aliran darah tidak dipulihkan dengan cepat, bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah akan mengalami kerosakan dan berada dalam keadaan bahaya. 

Serangan jantung adalah antara penyebab utama kematian di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Oleh itu, mengetahui punca dan tanda serangan jantung adalah amat penting. 

BACA JUGA: Sumbangan Kesihatan Rahmah – Semakan & Permohonan

Punca

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan seseorang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung, antaranya ialah:

  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang bersenam, pemakanan yang tidak seimbang
  • Faktor umur, etnik, sejarah keluarga dan jantina (lelaki adalah 3 hingga 5 kali lebih mudah mendapat serangan jantung berbanding dengan wanita)
  • Menopaus (kehilangan estrogen semula jadi yang mempengaruhi risiko wanita mendapat penyakit jantung)
 Tanda Serangan Jantung yang Anda Perlu Ketahui

Tanda Serangan Jantung

  • Sakit dada bahagian kiri atau tengah dada yang menular ke bahu, lengan kiri, leher, dagu dan belakang badan. Ini berlaku kerana otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Sensasi ini mungkin berlaku secara sporadik dan mungkin hilang dan datang kembali secara berulang.
  • Sakit bahagian ulu hati.
  • Sesak nafas walaupun ketika berehat. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh tekanan pada jantung yang tidak dapat mengepam darah dengan berkesan. 
  • Keletihan yang tidak normal.
  • Loya.
  • Jantung berdebar.
  • Badan berpeluh. Peluh sejuk dan berlebihan tanpa sebab yang jelas juga boleh menjadi tanda serangan jantung. Kulit boleh berubah menjadi pucat atau biru dan mungkin disertai dengan rasa lemah.
  • Rasa hendak pitam/pening. Ini boleh berlaku apabila jantung tidak dapat mengepam darah ke otak dengan berkesan. Keadaan ini berkemungkinan disertai dengan rasa mual atau muntah.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas, dapatkan rawatan segera di mana-mana klinik atau hospital. Hubungi ambulans sekiranya perlu. Elakkan memandu sendiri. 

Jangan biarkan tanda-tanda tersebut tanpa membuat pemeriksaan lebih lanjut untuk mengelakkan perkara yang lebih serius boleh berlaku sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa. 

Rawatan 

Rawatan akan diberikan berdasarkan keadaan pesakit. Rawatan perlu diberikan untuk memastikan arteri dibuka secepat mungki  bagi mengurangkan keterukan kerosakan pada otot jantung. 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: