Surat Beranak Baru: Cara Tukar Sijil Lahir Lama / Hilang Di JPN
Surat Beranak Baru: Cara Tukar Surat Beranak Lama Di JPN
Sekiranya anda mempunyai surat beranak lama yang dah lunyai atau lusuh, atau ibu bapa anda masih menyimpan surat beranak mereka yang bertulis tangan, kekuningan, terkoyak dan sebagainya, ini cara mudah untuk menukarnya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Jom baca!
Surat Beranak Lama Perlu Ditukar
Surat beranak ataupun sijil kelahiran ialah salah satu dokumen identiti yang sangat penting untuk setiap warganegara Malaysia.
Oleh itu, ia perlu dijaga dengan baik agar tidak hilang dan tidak rosak seperti terkoyak, lusuh dan sebagainya.
Walaupun masih boleh digunakan namun dikhuatiri info yang terdapat di surat beranak tersebut sudah tidak jelas lebih-lebih lagi apabila surat beranak lama anda menggunakan tulisan tangan.
Sekiranya perkara tersebut terjadi, usah risau. Anda boleh tukar surat beranak lama ke surat beranak baru dengan mudah di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara seluruh Malaysia.
Jom ikuti langkah-langkah di bawah untuk membantu anda menukar surat beranak lama yang sudah lusuh dan lunyai.
BACA JUGA: Cara Daftar Kelahiran Online JPN & Semakan Status MyKid
Cara Tukar Surat Beranak Lama Ke Surat Beranak Baru
1. Pergi ke mana-mana cawangan JPN berhampiran anda.
2. Sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum datang ke mana-mana cawangan JPN berhampiran anda. Dokumen yang diperlukan ialah:
- 1 salinan kad pengenalan & kad pengenalan original
- surat beranak original
3. Sediakan juga duit pembayaran sebanyak RM5. Wang tunai atau bayar guna kad.
4. Tunggu surat beranak baru anda disiap dalam masa beberapa minit. Waktu menunggu adalah bergantung kepada keadaan.
5 Selesai.
NOTA:
Anda juga boleh tukarkan surat beranak pasangan. Caranya ialah;
- Bawa surat nikah ori & salinan
- 1 salinan kad pengenalan wakil yang nak print
- Sediakan duit pembayaran RM5
Cara Dapatkan Surat Beranak Hilang
Sekiranya surat beranak anda hilang, anda boleh terus pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat Daftar Semula Kelahiran (Hilang Atau Musnah) Seksyen 4A. Permohonan boleh dibuat di JPN berhampiran seluruh Semenanjung Malaysia.
Dokumen Yang Perlu Dikemukakan:
1. Keputusan Carian JPN.LM14 (bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 2002 dan ke bawah) (asal dan salinan).
2. Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
3. Sijil Kelahiran (asal dan salinan) – jika ada.
4. Kad Pengenalan pemilik Sijil Kelahiran (asal dan salinan) – jika ada.
5. Borang Maklumat Keluarga BMK81 (asal).
6. Cabutan Daftar Sekolah (asal dan salinan) – jika ada.
NOTA: Permohonan pendaftaran yang dibuat semula kerana daftar atau rekod kelahiran individu tidak dapat dikesan akibat hilang atau musnah dengan mengemukakan bukti bahawa kelahiran tersebut telah didaftarkan.
BACA JUGA: Bayaran Denda Lewat Daftar Kelahiran JPN & Dokumen Yang Diperlukan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/