SSPI: Semak Status Perjalanan Imigresen Sebelum Ke Luar Negara

SISTEM SEMAKAN PERJALANAN IMIGRESEN (SSPI) : SEMAK STATUS PERJALANAN IMIGRESEN (SENARAI HITAM) SEBELUM KELUAR NEGARA

Orang ramai dinasihatkan membuat Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI) Untuk memastikan nama mereka tidak disenarai hitam sebelum merancang keluar negara.

Laman web SPPI ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan melalui sistem ini.

sspi semakan imigresen

Baca juga: Cara Check In Air Asia Online Untuk Elak Bayar Caj RM20 Di Kaunter

Cara Buat Semakan Status Perjalanan Melalui SISTEM SEMAKAN PERJALANAN IMIGRESEN (SSPI)

Untuk membuat semakan perjalanan ini, anda boleh melakukannya secara atas talian atau secara manual.

Rujuk cara semakan seperti berikut:

SEMAKAN SECARA MANUAL

Beberapa Kios Prasemakan Status Perjalanan Imigresen telah ditempatkan berhampiran kaunter daftar masuk penerbangan bagi memudahkan para penumpang membuat semakan sebelum keluar negara.

SEMAKAN SECARA ONLINE

Bagaimana cara membuat semakan nama blacklist imigresen?

Untuk membuat semakan secara atas talian (online), anda boleh melayari laman web rasmi SPPI (Sistem Semakan Perjalanan Imigresen).

  1. Semakan boleh dibuat melalui https://sspi.imi.gov.my/SSPI
  2. Isikan no kad pengenalan dalam ruang disediakan.
  3. Tekan butang Semak.
  4. Status anda akan dipaparkan seperti di bawah.
sspi semakan imigresen

NOTA: Bagi kemasukan ke Sabah dan Sarawak tertakluk kepada undang-undang kerajaan negeri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui pautan berikut:

Laman Web / Perkhidmatan Imigresen Online

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: