“Disangka Tidur, Rupanya Keracunan Karbon Monoksida”, Ibu Kongsi Detik Cemas
Mungkin ramai daripada kita pernah dengar tentang gas karbon monoksida yang digelar sebagai ‘pembunuh senyap’ ini.
Antara perisitiwa yang menyayat hati adalah kes kematian 3 sekawan yang mengalami keracunan gas karbon monoksida apabila ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah stesen minyak PLUS Samagagah, Pulau Pinang sewaktu dalam perjalanan pulang daripada bercuti.
Hanya seorang mangsa yang berjaya diselamatkan setelah dikejarkan ke ICU dan koma sebelum sedar semula.
Lebih menakutkan, keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri.
Dalam sebuah hantaran di Facebook, seorang wanita bernama Nur Jalilah Leyla telah berkongsi pengalaman ngeri mereka sekeluarga yang mengalami keracunan gas karbon monoksida di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang 19 Mei 2022 baru-baru ini.
Berikut dikongsikan catatan beliau sepenuhnya:
“Disangka Tidur, Rupanya Keracunan Karbon Monoksida”
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Detik pengalaman yang xkan pernah umi lupa. saat2 kami semua termasuk (mak ayah mertua) opah dan atok keracunan gas monoxide dlm kereta. PEMBUNUH DALAM DIAM.
Pada 19 Mei 2022. umi n anak2 ikut mak ayah mertua balik ke tanjung karang selangor utk beberapa hari je plannye sb mak masih ade urusan di kuantan jd kami jd peneman balik kesana 3/4 hari.
Dalam perjalanan semuanya ok xde pape. anak2 seronok dok berbual n teman atok n opah dorg. siap singgah makan tgahari di temerloh kami teruskan perjalanan.
Masa tu umi send gambar pd suami anak2 tgh tido. rupenye suami ade tegur muka si abang eijaz nmpk pucat n kesian. dia tnye anak2 ok x tu. umie bls ok. tgh tido kepenatan agaknye. xsangka sbnrnye dorg dh lain mcm ms ni. deeja plak senyap je xceria mana n tido. pikiran umie mybe sb cuaca panas.
jam sekitar 1 tghari lbh, sampai la tiba lepas dr hentian bentong dalam perjalanan, tiba2 deeja bangun terjaga merengek sikit tp mata xbuka. umi pujuk2 tiba2 dia lembik.
naluri seorg ibu, rasa sesuatu tp xtau knapa. umi kejutkan deeja untuk bangun. tp xde respon. umi ms ni trus jd panik. dia xsdr. lembik selembik2nya. trus umi mnjerit pd mertua bgtau deeja xsdr xtau kenapa. buka baju seluar tepuk2 dan sapu air kejutkan tetap xrespon. tp pernafasan makin lemah. kami berhenti tepi highway. umi trus turun tahan kereta smbil ms tu dukung deeja sama. mmg masa tu xtau nk ckp ape nyawa ni dh mcm nk tercabut. umi hnye pikir. ya Allah anak2 aku kenapa ni… Ya Allah jgn ambil anak ku.
zara dan eijaz meraung2 dlm kereta sb takut tgk kami panik n riuh kejutkan deeja. masa menahan mnta bantuan satu kereta chinese fmly ( mr richard) berhenti n bertanyakan kenapa keadaan. dan dia minta kami follow dia utk trus ke hospital bdekatan. ms tu dia dah syak mybe ade problem gas ke ape. dia pesan spya buka tingkap.
otwy ke hspital deeja masih xrespon. luruh rasa jantung umi sb xtau punca. tiba2 zara dan eijaz diam. mereka plak xsdr. eijaz tertirap di bahagian bawah kaki dgn muka ke bawah carpet . zara separuh bdn atas kerusi kaki kebawah. mnirap juga. ya allah dugaan apakah pd kami.
ayah mertua truskan drive follow kereta mr richard. mak mertua bantu kejutkan eijaz n zara, alhamdulillah dorg cpt sdr semula n ngis. eijaz ketara pucat n lesu. umi plak dh mula muntah2 pening nk pitam. tp sb kan anak2 tiga2 xsdr umi gagah btahan smbil muntah2 dan kejutkan zara, eijaz dan deeja..
Terus Diberi Bantuan Oksigen
sampai di Hospital Orang Asli Gombak terus ke kecemasan. deeja disambut dan trus diberi bantuan oksigen.
umi sesak nafas n stil muntah2 yang xmngeluarkan apa2. mak mertua pensan lps smpai di hspital ayah mertua dan zara eijaz trus diberi bantuan oksigen juga. lepas semua dah dapat oksigen semua kmbli ok dan stabil tp msh keadaan lemah. suami ms ni dh bsiap otwy dr kuantan.
Kes kami di refer ke hospital selayang. jam 8mlm kami semua dihantar ke hspital selayang menaiki ambulance. kereta kena tggl sb doc xberani berisiko.
dr situ doc mngesahkan kami keracunan gas monoxide. yg bpunca ade kebocoran pd bahagian ekzos. kami semua 3 dewasa 3 kanak2 dipantau sehingga betul2 dh stabil. doc kata kalau la umi xtau yang anak xsdr tu beranggapan anak2 tido lena, kemungkinan mmg akan mngancam nyawa anak2. Ya allah… sb ia mmg attack pd org yg tido. tido dan trus xsedar2 smpailah kekurangan oksigen pada otak.
syukur ya Allah, Allah berikan naluri yang tepat pd umi dan pantas sedar bila deeja lain mcm lembik dan xsdr masa tu. jam 3pg baru la doc lepaskan kami balik. alhamdulillah umur kami semua masih panjang..
Ibarat mimpi ngeri semua tu, Allah… mmg xterkata lembik lutut, nk tercabut jantung mngenangkan anak2 xsdr time tu. keracunan gas monoxide ni xbermakna time kite berhenti dan tido dihentian je. boleh berlaku juga dlm keadaan kereta tgh bergerak. tp lbh membahayakan pd penumpang yang tido.
sesungguhnye ape yg berlaku tu adalah ujian dan teguran dr Allah. dan segala kesembuhan juga Dari-Nya dan keizinanNya.
Allah jentikkan kami ikut skali. kalau la mertua bdua je balik time tu lg la xtau ape jd kt dorg. lg bahaya sb berdua dan xsdr kebocoran gas tu. patut la sabtu hari sebelum tu mak mertua masa otwy ke kuantan dia dh pensan sekali dlm kereta muntah tanpa sedar. kebocoran gas dlm kereta dh mula time tu.
Syukur ya allah jauhkan kami dr segala perkara2 bahaya. semua sudah dlm keadaan baik2. Alhamdulilah.
Semoga Menjadi Peringatan Bersama
beringat2 la. sblm perjalanan yang jauh, check semua keadaan kenderaan, baik kereta lama maupun kerrta baru. pantau sama penumpang yang tido. berhentilah seketika setiap 2 jam perjalanan atau buka tingkap sekejap. ingatlah.. benda nk jadi tanpa tanda dan diduga. kite kena sentiasa peka dgn keadaan keliling terutamanya anak2..
To Mr Richard sekeluarga, kami ucapkan jutaan terima kasih dan ibarat terhutang budi. kalau x kerana mr richard berhenti dan tenangkan kami serta bawa kami ke hospital tau la keadaan ms tu risau n panik sgt2 smpai xboleh nk pikir ape2. walau berlainan agama tp mr richard yang terawal berhenti dan bg bantuan. umi pun xtqu mr richard ni asal mana duduk dimana. tp dia ada sebut ms kt hspital tu sama ada dia nak ke shah alam atau tggl di shah alam. seandainya posting ni smpai kepada mr richard sekeluarga. kami sgt2 hrgai dan terhutang budi. semoga tuhan sentiasa merahmati mr richard sekeluarga.
UPDATE: Alhamdulillah dh dpt contact dgn mr richard call td lps wssp dia
UPDATE 28 MEI 2022
Opah dan atok
Walaupun kesihatan terjejas dan hasil ujian kndungan monoxide paling tggi dlm bdn, tetapi opah n atok sgt2 kental n kuat semangat demi cucu. risaukan keadaan cucu melebihi keadaan sndiri.
Semoga mak dan ayah mertua umi sentiasa dlm lindungan Allah S.W.T.
Reaksi Netizen
Rata-rata warga maya mengucapkan kata-kata semangat dan syukur kerana mereka sekeluarga selamat daripada insiden yang berlaku ketika itu.
Sememangnya ia sesuatu yang tidak dijangka dan tindakan pantas ibu serta bantuan oleh pengguna jalan raya, Mr Richard merupakan antara faktor penyelamat mereka sekeluarga.
Ia juga menjadi pengajaran supaya ibu bapa khususnya lebih alert dengan keadaan kereta masing-masing serta sentiasa memantau anak-anak dalam kereta ketika dalam perjalanan jauh.
Siapa sangka, anak yang disangka tidur, rupanya mengalami keracunan gas karbon monoksida!
*Sumber: Nur Jalilah Leyla