SPMU 2023: Jadual Peperiksaan SPM Ulangan (September)- KPM
SPMU 2023: Jadual Peperiksaan SPM Ulangan | Perhatian kepada mana-mana pelajar SPM yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2023, anda boleh rujuk tarikh dan jadual peperiksaan ujian lisan serta ujian bertulis seperti yang dikongsikan berikut.
SPMU 2023
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2023 dijadualkan diadakan dalam dua sesi iaitu:
SPMU Sesi 1
- Subjek : Bahasa Melayu, Sejarah & Matematik
- Jenis Peperiksaan : Bertulis,Bertutur, Mendengar
- Tarikh peperiksaan : 4 – 6 September 2023
SPMU Sesi 2
- Subjek : Semua subjek yang ditawarkan dalam peperiksaan spm 2023. (Rujuk disini)
- Jenis Peperiksaan : Bertulis
- Tarikh peperiksaan : Sama dengan tarikh peperiksaan SPM 2023
BACA JUGA: Program Asasi TVET Lepasan SPM – Kursus, Lokasi, Pengajian
Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2023 (SPM Ulangan)
Bagi calon yang telah membuat pendaftaran untuk mengikuti peperiksaan SPM Ulangan 2023 sesi Jun bagi subjek Bahasa Melayu,Matematik dan Sejarah, tarikh peperiksaan akan dibuat selama tiga hari bermula pada 4 September (Isnin) -6 September (Rabu) 2023.
Sila rujuk jadual di bawah:
Garis Panduan Calon Peperiksaan SPM Ulangan 2023
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar.
- Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
- Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2023.
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM (Ulangan) 2023 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon
MUAT TURUN: GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN 2023
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di pautan berikut: http://lp.moe.gov.my/
Atau, hubungi pejabat LPM di talian: 03-8884 3200.