Terjah FB Founder, SIRIM Nafi Jalankan Ujian Terhadap Produk ‘Skin Dessert’

Terjah FB Founder, SIRIM Nafi Jalankan Ujian Terhadap Produk Skin Dessert

Pada 23 Oktober 2022 yang lalu, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai mengelak daripada membeli dan menggunakan lima produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, di mana salah satu produk tersebut ialah Skin Dessert Cream yang boleh dikatakan ‘viral’ di media sosial.

Dalam kenyataan tersebut, KKM mendapati produk-produk berkenaan mengandungi bahan racun seperti hydroquinone, tretinoin, miconazole dan merkuri. Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Susulan kenyataan ini, ramai ejen dan pengguna menuntut penjelasan atas dakwaan founder produk berkenaan yang dikatakan telah mendapatkan kelulusan KKM, bahkan turut mengatakan bahawa produk itu dalam proses mendapatkan kelulusan SIRIM.

Terjah FB Founder, SIRIM Nafi Jalankan Ujian Produk Skin Dessert

Hari ini, media sosial menjadi tular dengan kenyataan oleh SIRIM di ruangan komen founder produk Skin Dessert yang telah memuatnaik gambar di hadapan bangunan SIRIM.

Dalam hantaran bertarikh 4 Oktober oleh Zirra Abdullah itu, SIRIM telah menitipkan komen berikut:

SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk Skin Dessert.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi [email protected]

Sumber: Facebook Zirra Abdullah

Foto di hadapan bangunan SIRIM itu dikatakan mengelirukan orang ramai, bahkan SIRIM turut membuat satu hantaran pada Khamis:

sirim skin dessert

Perkara ini menimbulkan kemarahan serta kekecewaan orang ramai akibat dakwaan tersebut.

sirim skin dessert

Tindakan SIRIM juga dikatakan wajar kerana ia dapat mengelakkan kekeliruan oleh orang awam yang mungkin tidak peka atau kurang arif tentang perkara tersebut.

Untuk makluman, pengguna boleh membuat carian produk yang dibatalkan notifikasi melalui laman web NPRA.

PRODUK KOSMETIK YANG DIBATALKAN NOTIFIKASI ATAS ISU CAMPURPALSU

Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

sirim skin dessert

Apa kata anda?

Baca juga: “Hati-hati Dengan Tema Bollywood, Takut Jatuh Hukum” – Dr Malar

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: