Tak Sangka Cover Infinity ‘Versi Dakwah’ 10K Tontonan Dalam 3 Jam!

Segelintir Netizen memberi komen di Instagram rasa sedih dan sebak tatkala dengar lagu ini.

Nampaknya AmpunanMu, yang mana liriknya ditulis Ustaz Adnin berjaya buat pendengar terharu.

Tapi komen membina semangat tetap ada seperti best, power dan padu!

Inilah lagu terbaru nyanyian bersama Aniq Muhai artis naungan Tarbiah Sentap manakala Furqan Fawwaz dan Naufal Azrin dari kumpulan Zayne naungan Inteam Records yang mendapat 10K tontonan dalam masa 3 jam!

Ampunan-Mu adalah lagu mengisahkan monolog seseorang yang sering jatuh ke dalam dosa dan hampir berputus asa dengan rahmat Allah.

Namun apabila dia merenungi kalam Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 53 dia kembali bersemangat mengejar redha, rahmat dan ampunan Allah.

Ayuh dengar AmpunanMu Infinity Cover lagu asal kumpulan pop terkenal One Direction tapi versi dakwah.

https://www.youtube.com/watch?v=soWUBxRMgaY

Ada kalanya dengar lagu pun mampu buatkan kita berubah jadi lebih baik.

Memang sentaplah lagu ni!

Kredit: Instagram Tarbiah Sentap

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: