Semakan Keputusan UPKK 2022/2023
Ujian UPKK
UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA) adalah ujian untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 8 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat.
Terdapat 4 bentuk penilaian iaitu :
- Bentuk Lisan: Al-Quran
- Bentuk Amali: Amali Solat
- Bentuk Lisan & Pemerhatian: Penghayatan Cara Hidup Islam
- Bentuk Penulisan: Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )Sirah
- Adab (Akhlak Islamiyah)
- Jawi dan Khat
- Asas Lughatul Quran
- Sirah
Anda boleh membuat pendaftaran atau semakan keputusan UPKK dengan log masuk ke Portal SIMPENI yang disediakan pautannya melalui website JAKIM.
BACA JUGA: Bantuan Pendidikan BAKTIDESA Untuk Kemasukan Sekolah & IPT
Tarikh Semakan Keputusan UPKK
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengumumkan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 pada 9 Mac 2023 (Khamis) jam 3.00 petang.
Semakan boleh dilakukan bermula 4 petang, 9 Mac 2023 sehingga 11 pagi, 23 Mac 2023.
Kaedah Semakan Keputusan UPKK
Berikut adalah merupakan cara untuk menyemak Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu:
Semak Keputusan UPKK Secara Online
- Layari https://semakan.islam.gov.my
Semak Keputusan UPKK Secara SMS
- Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS): Taip UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888.
Nota: Pastikan anda masukkan maklumat yang betul bagi memastikan keputusan ujian UPKK yang anda mahukan diperolehi tanpa sebarang masalah dan isu.
BACA JUGA: Kalendar 2023 & Tarikh Cuti Umum / Cuti Sekolah Di Malaysia
Login / Daftar Portal SIMPENI
Sila rujuk langkah berikut untuk login / daftar ke Portal SIMPENI.
- Layari pautan berikut: https://simpeni.islam.gov.my/
- Pilih button “log masuk”
- Masukkan ID Pengguna : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
- Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari pautan berikut: https://www.islam.gov.my/ms/
Atau hubungi,
- JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
- Telefon : 03-8870 7000
- Fax : 03-8870 7003
- Email : [email protected]