Apa Itu Puasa Muharam, Niat Dan Manfaatnya

Puasa Muharam, Niat & Manfaatnya ~ Bermulalah bulan Muharram sebaik sahaja tahun Islam berganti tahun. 

Tahukah anda, terdapat banyak amalan pada bulan Muharram yang mempunyai kelebihan dan ganjaran pahala yang banyak contohnya seperti berpuasa. 

Jom baca lebih lanjut mengenai puasa Muharram, niat serta manfaatnya. 

Apa Itu Puasa Muharam, Niat Dan Manfaatnya

BACA JUGA: Niat Puasa Ganti Dan Sunat – Apakah Hukum Gabung Puasa?

Puasa Muharam

Puasa Muharram adalah puasa-puasa sunat yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan Muharram. 

Puasa yang paling diutamakan pada bulan Muharram adalah puasa di hari kesepuluh Muharram diikuti oleh sehari sebelum dan sesudahnya, iaitu pada hari ke 9 dan 11.

Atau, puasa di hari kesembilan (Tasua) dan kesepuluh (Asyura). Atau, puasa di hari kesepuluh (Asyura) saja.

Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk mengerjakan puasa sunat pada hari putih (puasa Ayyamul Bidh) iaitu pada tarikh (kalendar Islam) 13, 14, dan 15 setiap bulan, termasuk bulan Muharram.

Anda juga boleh mengerjakan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis sepanjang bulan Muharram ini (dan pada bulan-bulan lain juga). 

Berikut ialah jadual puasa sunat yang anda boleh jadikan rujukan dan lakukan sepanjang bulan Muharram 1445H. 

Apa Itu Puasa Muharam, Niat Dan Manfaatnya

Niat Puasa Muharram

Anda boleh berniat mengikut puasa sunat yang anda ingin lakukan pada bulan Muharram. Contohnya; 

1. Niat Puasa Hari Tasu’a (9 Muharram)

نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

Maksud: Sahaja aku puasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta’ala.

2. Niat Puasa Hari ‘Asyura (10 Muharram)

نويت صوم عشر سنة لله تعالى

Maksud: Sahaja aku puasa sunat ‘Asyura kerana Allah Ta’ala.

3. Niat Puasa Hari Isnin/Khamis

Maksud: Sahaja aku berpuasa sunat pada hari Isnin kerana Allah Ta’ala.

Apa Itu Puasa Muharam, Niat Dan Manfaatnya

Maksud: Sahaja aku berpuasa sunat pada hari Khamis kerana Allah Ta’ala.

4. Niat Puasa Hari Putih (13, 14, 15 Muharram/bulan-bulan lain)

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

Kelebihan Bulan Muharram

Muharram adalah merupakan bulan pertama dalam tahun Islam dan merupakan salah satu daripada empat bulan yang dihormati dan memiliki kemuliaan di sisi Allah SWT. 

1. Bulan Berpuasa Terbaik Selepas Ramadan

Menurut Imam Nawawi bulan Muharram adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Manakala solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).

Hal ini disebutkan oleh Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadis:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ، وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعدَ الفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ. 

Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasulullah saw bersabda: “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, iaitu bulan Muharram, dan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.” – HR Muslim.

2. Bulan Ganjaran Pahala

Terdapat banyak ganjaran yang dijanjikan untuk individu yang melakukan amal kebajikan pada bulan-bulan berkenaan. 

Di samping itu, berusahalah tinggalkan dosa dan maksiat kerana balasannya juga lebih berat pada bulan-bulan tersebut. 

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menjelaskan,

ثُمَّ اخْتَصَّ مِنْ ذَلِكَ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ فَجَعَلَهُنَّ حَرَامًا، وعَظم حُرُماتهن، وَجَعَلَ الذَّنْبَ فِيهِنَّ أَعْظَمَ، وَالْعَمَلَ الصَّالِحَ وَالْأَجْرَ أَعْظَمَ.

Maksudnya: Allah SWT mengkhususkan empat bulan haram dari 12 bulan yang ada, bahkan menjadikannya mulia dan istimewa, juga melipatgandakan perbuatan dosa disamping melipatgandakan perbuatan baik.

3. Bulan Suci

Bulan Muharram juga termasuk salah satu daripada empat bulan yang dilarang berperang. 

Sabda baginda SAW: “Dalam setahun itu ada 12 bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadilakhir dan juga Syaaban.” – Riwayat al-Bukhari

4. Terdapat Banyak Peristiwa Bersejarah Terjadi

Pada bulan Muharram juga terdapat banyak peristiwa bersejarah yang berlaku berkaitan dengan mukjizat para nabi dan keistimewaan lainnya. Antaranya ialah:

  • Taubat Nabi Adam diterima
  • Nabi Idris diangkat ke tempat yang tinggi
  • Nabi Nuh diturunkan dari kapal setelah banjir surut
  • Nabi Ibrahim diselamatkan daripada api 
  • Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa
  • Nabi Yusuf dikeluarkan dari penjara
  • Nabi Yakub disembuhkan daripada penyakit buta dengan pakaiannya Nabi Yusuf
  • Nabi Ayyub disembuhkan daripada penyakit kulit 
  • Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun 
  • Nabi Daud diampunkan dari kesilapannya
  • Nabi Sulaiman diberi kekuasaan berupa kerajaan 
  • Nabi Isa diangkat ke langit 
  • Dan sebagainya.

5. Terdapat Hari Asyura

Hari Asyura adalah merupakan hari ke-10 dalam bulan Muharram dan merupakan hari yang istimewa dalam bulan mulia tersebut. Terdapat banyak peristiwa penting dan bersejarah terjadi pada hari Asyura.

Umat Islam digalakkan untuk berpuasa pada hari Asyura. Dalam sebuah hadits riwayat Muslim, puasa pada 10 Muharram dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.

عَنْ أَبي قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيامِ يَوْمِ عَاشُوراءَ، فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ المَاضِيَةَ

Maksudnya: “Diriwayatkan dari Abu Qatadah ra: Rasulullah SAW bersabda, pernah ditanya tentang keutamaan puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab: Puasa Asyura dapat menghapus dosa setahun yang telah dilakukan.” – HR Muslim 

BACA JUGA: Hukum Membatalkan Puasa Sunat & Puasa Ganti Tanpa Keuzuran

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: