‘Kopi Kayangan, Harga Marhaen’, Netizen Kongsi Menu Menarik Di Richiamo Coffee

Pernahkah anda dengar tentang Richiamo Coffee?
Mungkin ia tidaklah sepopular Starbucks atau The Coffee Bean, namun bagi yang pernah mencubanya tentu tahu dan terpikat dengan menu di Richiamo Coffee!
Menawarkan pelbagai menu kopi panas dan sejuk serta ice blended, Richiamo Coffee tampil setanding dengan kopi-kopi ‘kayangan’, namun menawarkan harga yang lebih murah dan mampu milik!
Dekat sini juga ada banyak pilihan kek, pastri dan makanan yang boleh anda cuba.
Richiamo Coffee adalah milik sepenuhnya anak tempatan dan kini sudah memiliki 42 cawangan di seluruh negara kecuali Terengganu dan Sabah.
Di sini harga minuman termasuk kopi, teh, atau coklat boleh didapati serendah RM4.00 (panas) dan RM8.90 (sejuk) dengan kualiti yang premium. Murah kan?
Bagi teruja nak cuba dan nak tahu menu-menu menarik yang boleh anda order di Richiamo Coffee, bolehlah rujuk senarai yang dikongsikan oleh pengguna media sosial di bawah ini.
Senarai Menu Kopi / Ice Blended Menarik Di Richiamo Coffee
Ni antara ice blended yang vasssss flavournya korang dah try ke belum?
OK! Jom kami kongsikan antara menu kopi yang menarik di sini:
Biscotti Matcha + Caramel Drizzle

Salted Caramello Cappucino + Choc Chip

White Mocha + Choc Chip

Salted Caramello Chocolate + BOBA

Mocha + Biscotti

Cappuccino + choc chip

Biscotti Chocolate

Biscotti Vanilla

Hazelnut Choc Chip

Caramello Choc

Matcha Choc Chip + Choc Drizzle

Matcha Ice Blended

Foto oleh: @qyra_lilluv
Range Harga Minuman / Kopi Richiamo / Makanan






Pilihan Kek & Pastri


Biasanya boleh drive thru dah sekarang ni. Bergantung pada outlet.

Baca juga:
- Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan. (Menu Custom Drink Viral)
- Sedap Dan Viral! Ini 5 Kedai Kopi Lokal Yang Anda Boleh Cuba
Senarai Outlet Richiamo Coffee Di Malaysia
Kalau nak tengok senarai outlet yang berdekatan dengan anda, boleh rujuk senarai dekat sini: https://richiamocoffee.com/stores/
NOTA
Bagi yang belum tahu, ia telah ditubuhkan pada tahun 2015 lagi dan telah membuka cawangan pertama di UUM Varsity Mall serta telah bertapak di beberapa institusi pengajian tinggi.
Oh ya, Richiamo juga adalah jenama milik 100 peratus anak tempatan dan dahulunya pernah dipopularkan oleh Raja Ilya yang merupakan salah seorang pemegang saham terbesar sebelum meletakkan jawatan pada Februari 2021.
Maklumat lanjut : https://richiamocoffee.com/




