Maal Hijrah 2022 / 1443H : Tema & Tarikh Sambutan Awal Muharam

MAAL HIJRAH 2022 / 1444H

Tahun 1443H akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi.

Pelbagai cabaran dan dugaan telah kita lalui, sama ada suka ataupun duka. Pengajaran lalu, sebagai azam dan semangat yang kuat untuk laluan tahun baru 1444H.

Ayuh, kami kongsikan lebih lanjut tentang info sambutan Maal Hijrah 2022 / 1444H ini.

Apakah Itu Maal Hijrah?

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Firman Allah SWT:

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً

Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur;

(Surah al-Nisa’ : ayat 100)

Tarikh keramat kalendar dunia Islam dengan peristiwa Hijratur Rasul s.a.w bersama kaum muslimin atas perintah Allah swt ini disambut saban tahun bagi memperingati bagaimana pengobanan mereka merelakan diri untuk meninggalkan kampung halaman tercinta, harta benda, keluarga dan segalanya di Mekah dan menuju ke Madinah atas arahan Allah dan rasul sehingga diberkahi penyatuan 2 golongan utama dalam peristiwa ini iaitu golongan Muhajirin (Mekah) dan golongan Ansar (Madinah)

وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan yang telah menyatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi ini, nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah lah yang telah menyatukan hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.
[Al Anfaal : 63]

Peristiwa hijrah Nabi SAW ke kota Madinah ini juga merupakan satu peristiwa yang penting kerana bermula dari situlah agama Islam dapat disebarkan sehingga ke serata dunia.

Di dalam al-Qur’an , diceritakan oleh Allah SWT berkaitan peristiwa yang agung ini.

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّـهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّـهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّـهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّـهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedangkan dia salah seorang daripada dua (sahabat) ketika mereka berlindung di dalam gua. Pada ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terbawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Attaubah : 40)

Bermula drngan perancangan pembunuhan oleh kafir Quraisy terhadap Rasul mulia s.a.w, sehinggalah peristiwa dikejar, bersembunyi di Gua Thur yang mempunyai kisah yang sangat menarik, sehinggalah kepada berlakunya hijrah kedua secara beramai-ramai oleh kaum muslimin dan berlaku penyatuan persaudaraan di Madinah.

Tarikh Sambutan Maal Hijrah 2022 / 1443 H

Bagi tahun 2022 ini, program sambutan rasmi Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2022/1444 akan berlangsung pada sebelah malam 29 Julai depan dan bukan keesokan paginya iaitu pada 30 Julai.

Menurut sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tradisi yang sudah dilaksanakan beberapa tahun lalu itu mengambil kira tarikh takwim Islam bermula sejurusnya azan Maghrib.

“Sambutan ini pada lewat petang 29 Julai kerana tarikh baharu kalendar Hijrah mula lepas azan Maghrib, bukannya ikut kalendar Masihi pukul 12 tengah malam,” lapor akhbar KOSMO!

*Cuti Awal Muharram : 30 Julai merupakan Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri di Malaysia.

Tema Maal Hijrah 2022 / 1444H

Tema sambutan Maal Hijrah bagi tahun ini adalah “Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”.

Doa Akhir Tahun / Awal Tahun Baru 1444H

Bersempena dengan ketibaan Awal Muharam 1444H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan permulaan tahun baru ini dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun yang dikongsikan oleh JAKIM ini.

Mudah-mudahan kehidupan kita sepanjang tahun ini dipelihara Allah dan sentiasa dalam naunganNya.

Berikut adalah Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah (rujuk lampiran gambar)

DOA AWAL TAHUN

doa awal tahun jakim

DOA AKHIR TAHUN

doa akhir tahun jakim 2021
Sumber: JAKIM

Semoga tahun baru hijrah kali ini menjadikan kita, insan yang lebih cekal dalam menghadapi ujian yang mendatang, saling bantu membantu sesama kita dan seterusnya menjadi masyarakat yang harmoni dan aman damai.

Baca juga: Contoh Doa Tahun Baru Islam 1444H (Doa Awal Akhir Tahun & Awal Tahun)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *