[VIDEO] Banjir Terkini Di Janda Baik, Dugaan Syawal Buat Penduduk
TERKINI: BANJIR DI JANDA BAIK, PAHANG
Janda Baik banjir lagi lebih kurang jam 5.30 pagi tadi.
Difahamkan hujan yang tidak berhenti dari jam 2.00 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan telah dinaiki air dan beberapa jalan terkandas dan tidak boleh dilalui.
Perkara ini turut dimaklumkan oleh Young Syefura Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Pahang melalui sebuah hantaran di Facebook:
11 Mei 2022 | Rabu
Awal pagi tadi saya telah mendapat panggilan yang memaklumkan Janda Baik dinaiki air.
Saya kini berada di Janda Baik bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama orang kampung di Kampung Sum Sum Hulu.
Saya juga telah singgah melihat keadaan Jalan Lama KL – Genting Sempah yang rosak teruk akibat tanah dan batu-batu runtuh sebelum naik ke Janda Baik.
Sebahagian jalan juga telah runtuh. Saya ingin menasihati kepada mereka yang ingin menaiki ke Janda Baik agar menangguhkan semula perjalanan kerana keadaan masih lagi berlumpur dan dipenuhi batu-batu besar.
VIDEO RAKAMAN BANJIR DI JANDA BAIK (OLEH ORANG AWAM)
Sumber video: Orang awam
https://www.facebook.com/kosmo.online/videos/424419766175961
Menurut tinjauan di laman sosial, orang ramai mengkhabarkan beberapa buah jalan runtuh, jambatan putus dan lagi sekali memberi impak kepada pemilik chalet dan resort yang mana baru memulakan aktiviti selepas bencana banjir besar pada bulan Disember lalu.
Mohon juga kepada penduduk di kawasan Janda Baik berwaspada dengan keadaan trend air menaik ini.
Semoga mereka yang terlibat ini dipermudahkan segala urusan dan kembalikan keadaan seperti sedia kala.
TERKINI: UPDATE DARIPADA YB YOUNG SYEFURA
Banjir hari ini adalah banjir yang kedua yang paling teruk selepas bencana banjir besar pada Disember 2021.
Walaupun sepanjang 5 bulan ini berlaku juga beberapa banjir kilat di kawasan Janda Baik namun ini adalah yang paling teruk. Beberapa kawasan telah terkesan termasuk Kampung Sum sum Hulu yang tidak terkesan banjir pada Disember lalu, kali ini teruk dilanda banjir.
Saya berasa sangat sedih dan sangat dukacita kerana sekarang Janda Baik sudah menjadi kawasan yang paling mudah banjir. Sejak banjir pada Disember 2021 lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi membantu menyelesaikan masalah ini.
Gabion yang dibina di tepi-tepi sungai sebagai langkah membendung banjir juga telah hanyut. Begitu kuat aliran sungai dan banjir pada kali ini.
Jambatan yang dibina penduduk juga sudah musnah. Saya mohon kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat agar segera mencari jalan untuk membantu rakyat di Janda Baik ini.
Mereka kini hidup dalam ketakutan setiap kali hujan turun. Trauma banjir lalu masih belum hilang, kini terpaksa berhadapan dengan banjir sekali lagi.
Baca juga: