in

Didakwah Tentang Kewujudan Tuhan, Elon Musk Akui Tak Kisah Masuk Neraka

ADVERTISEMENT

Ahli perniagaan Tesla yang terkenal dan jutawan Amerika, Elon Musk telah mendedahkan bahawa dia tidak kisah untuk masuk ke neraka selepas kematiannya.

Elon membuat pendedahan ini melalui halaman Twitter rasminya pada hari Isnin, 9 Mei, semasa menjawab tweet oleh seorang pengguna Twitter dipercayai dari negara Arab.

ADVERTISEMENT

Ia susulan lelaki terkaya di dunia itu berkongsi tweet yang membimbangkan di mana dia bercakap tentang kemungkinan dia mati dalam keadaan misteri.

Ketika memberi jawapan balas, seorang pengguna Twitter telah menasihatinya supaya mengaku kewujudan Pencipta sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Pengguna Twitter itu menulis, “Anda tidak akan mati sebelum hari anda Elon. Bagaimanapun, anda adalah/seorang tokoh yang unik di dunia ini. Saya hanya tertanya-tanya satu perkara: Sebagai seorang yang genius, tidakkah anda mengetahui bahawa masih terdapat pencipta hebat dunia ini? Jika ya, pastikan anda mengaku perkara ini sebelum degupan jantung terakhir anda. Semoga anda dirahmati.”

Namun, Musk mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk pergi ke neraka kerana ramai orang juga akan berada di sana.

“Terima kasih atas ucapan rahmat itu, tetapi saya ok untuk pergi ke neraka, jika itu memang destinasi saya, kerana kebanyakan manusia yang pernah dilahirkan akan berada di sana,” jawabnya.

Menitip di ruangan komen, penimat Elon Musk mempunyai pendapat yang berbeza temtang isu tersebut.

Rata-rata, penganut Islam dan Kristian tidak bersetuju dengan kenyataan Elon dan berharap satu hari nanti dia akan mengakui kewujudan Tuhan.

Mohammed juga membalas Tweet Elon dengan berkata tugasnya hanya menasihati, dan bukannya mengubah destinasi akhirnya.

Dia juga mengharapkan yang terbaik buat Elon dan mengucapkan selamat berjaya.

Berikut antara komen pengguna lain di Twitter:

Sumber: Twitter

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

amalan murah rezeki

Air Balang Untung RM60,000, Syahmi Kongsi Amalan Murah Rezeki Yang Diamalkan

janda baik banjir

[VIDEO] Banjir Terkini Di Janda Baik, Dugaan Syawal Buat Penduduk