Harga Emas Turun, Ramai Dijangka Serbu Kedai Emas Hari Ini

HARGA EMAS TURUN 17 SEPTEMBER 2021

Harga emas semalam merekodkan penurunan sebanyak RM4.23 kepada RM236.83 per gram berbanding RM241.06 per gram semalam.

Berdasarkan laman Facebook Harga Emas Malaysia, trend penurunan itu direkodkan sejak semalam iaitu RM1.51 berbanding RM242.57 kelmarin.

Sumber: Facebook Harga Emas Malaysia

Pakar pelaburan emas yang juga penulis buku, Syukor Hashim berkata, kejatuhan harga emas yang agak mendadak kali ini didorong laporan data Jualan Runcit Amerika Syarikat yang dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi.

“Laporan itu menunjukkan peningkatan jualan runcit di Amerika Syarikat sebanyak 0.7 peratus untuk bulan Ogos 2021,” katanya melalui laporan Kosmo Online.

Sementara itu, Akaun Emas YaPeim (SERY) turut memaklumkan penurunan harga sebanyak hampir RM5 ini patut dimanfaatkan oleh mereka yang berminat untuk membuat pelaburan emas.

Harga emas turun

Menurut infografik SERY, kedua-dua emas 916 dan emas 999 mengalami penurunan sebanyak RM5 pada 17 September 2021.

Harga emas turun
Harga emas turun

Harga emas yang turun ini menunjukkan percanggahan dengan jangkaan agensi statistik Amerika Syarikat dikenali sebagai Census Bureau yang menyatakan jualan runcit akan merosot sebanyak 0.8 peratus serta peningkatan kes Covid-19 turut dijangka memberi kesan terhadap rantaian bekalan negara itu.

Syukor Hashim berkata, data terbaharu itu bagaimanapun memberi bayangan bahawa ekonomi Amerika Syarikat tetap mengukuh meskipun dalam peningkatan kes Covid-19 secara global.

“Apabila data ekonomi menunjukkan kekuatan atau peningkatan seumpama itu maka harga emas akan jatuh.

“Ini kerana emas dilihat sebagai aset selamat dalam situasi ketidaktentuan dan emas hilang daya tarikan ketika ekonomi dilihat sedang pulih,” jelasnya.

Baca juga: Zakat Emas: Kadar Uruf Setiap Negeri (2020/2021) & Cara Pengiraan

Anda dah beli emas ke untuk pelaburan? Mungkin boleh ambil peluang ini!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: