Denda Ekzos Bising: Ini Tahap Bunyi Maksimum Yang Dibenarkan JPJ

TAHAP BUNYI EKZOS JPJ YANG DIBENARKAN (AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 [AKTA 127]

Seperti yang diumumkan 1 Mac lalu, Op Khas – Bunyi Ekzos Bising telah dilancarkan oleh JPJ.

Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut.

Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan.

Denda / Kompaun Ekzos Bising 2021

ekzos bising
OP KHAS EKZOS BISING & kadar denda yang boleh dikenakan – Infografik oleh BERNAMA

Mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubahsuai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan.

Baca juga: Awas Penyamaran Petugas Smart Meter TNB! Ini Yang Anda Kena ‘Alert’

ekzos bising

Jika anda tertanya-tanya apakah tahap bunyi ekzos JPJ yang dibenarkan, sila rujuk panduan di bawah:

Baca juga: Kompaun RM10,000 Tidak Perlu Jelas Serta-merta, Boleh Buat Rayuan

Tahap Bunyi Ekzos JPJ Yang Dibenarkan

Berikut adalah garis panduan yang boleh dirujuk melalui (AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 [AKTA 127].

Untuk melihat panduan ujian bunyi dan info selanjutnya, sila rujuk (AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 [AKTA 127] sepenuhnya di sini: https://ewaste.doe.gov.my/wp-content/uploads/2020/12/Peraturan_Kualiti_Alam_Sekeliling_Bunyi_Bising_Kenderaan_Motor_1987_-_P.U.A_244-87.pdf

Oleh kerana terlalu banyak soalan tentang ubahsuai kenderaan, dikongsikan sedikit maklumat berkenaan.

PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN
Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu :

PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada
JPJ adalah seperti berikut :-

  1. Pemasangan pengadang angin
  2. Pemasangan penutup lampu fibreglass (fairing)
  3. Pemasangan penutup enjin fibreglass pada bahagian hadapan motosikal
  4. Pemasangan disc brake hadapan atau belakang bertujuan meningkatkan tahap kecekapan brek.

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada motosikal yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-

  1. Pemasangan foot rest melibatkan pengubahsuaian tapak / kedudukan asal.
  2. Penukaran / pengubahsuaian ekzos yang tidak mengikut spesifikasi asal pengilang.
  3. Pemasangan cover sets / fairing yang mengubah indentiti asal.

PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN PERSENDIRIAN

Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada JPJ. Namun begitu, pengubahsuaian atau pemasangan aksesori tersebut mestilah mengikut panduan yang telah ditetapkan. Senarai pengubahsuaian tersebut adalah seperti berikut:-

  1. Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.
  2. Pemasangan door visor pada kenderaan.
  3. Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.
  4. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  5. Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan
  6. Pemasangan membawa tangga / bot / surf board
  7. Penukaran kotak gear manual / automatik
  8. Pemasangan kanopi / kanvas
  9. Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel
  10. Pemasangan roof-rack (para bumbung) / Bike Carrier
  11. Pemasangan spotlight

Pengubahsuaian atau pemasangan aksesori pada kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut :-

  1. Pemasangan bodypart / bodykit yang menyebabkan perubahan pada identiti kenderaan.
  2. Pemasangan rollcage sebagai aksesori dalaman pada kenderaan.
  3. Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  4. Penukaran sistem pacuan.
  5. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  6. Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
  7. Pemasangan hon yang berirama atau hon dengan dua nada.
  8. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin hadapan dengan ketelusan cahaya kurang daripada 70%.
  9. Pemasangan cermin gelap atau tinted film pada cermin sisi dengan ketelusan cahaya kurang daripada 50% dan belakang dengan ketelusan cahaya kurang daripada 30%.

JENIS-JENIS PENGUBAHSUAIAN PADA KENDERAAN PERSENDIRIAN DAN PERDAGANGAN YANG PERLU MENDAPAT KEBENARAN TERLEBIH DAHULU DARIPADA JPJ.

Kenderaan Persendirian

  1. Pengubahsuaian ke atas kenderaan OKU.
  2. Penukaran sistem bahan bakar.
  3. Penukaran enjin.
  4. Status kenderaan Vintaj/Klasik
  5. Penukaran Panel struktur kenderaan (kes kemalangan)

Kenderaan Perdagangan

  1. Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  2. Pemasangan iklan (utk kenderaan decontrolled sahaja)
  3. Mengubah bilangan tempat duduk
  4. Penukaran Had Berat
  5. Pemasangan Pagar Sisi & Kanvas
  6. Penukaran Kabin
  7. Pemasangan Lantai/Lapik Besi
  8. Mengubah Kegunaan Kenderaan
  9. Penukaran Gandar
    10.Penukaran Jenis Badan

Makluman : Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan boleh dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri yang berhampiran.

*Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Rujuk juga: PANDUAN UBAHSUAI KENDERAAN PERSENDIRIAN / PERDAGANGAN (JPJ)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: