Bantuan Hingga RM500,000 Jika Ada Kesan Sampingan Serius Vaksin COVID19

Kerajaan telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19, menurut sebuah kenyataan media oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Adham Baba, hari ini, 22 Mac 2021.

Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini merupakan langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin COVID-19.

Perincian bantuan khas kewangan tersebut adalah seperti berikut:

i) RM50,000 jika kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital

ii)RM500,000 jika hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.

Dalam kenyataan tersebut, kerajaan bersetuju menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh NADMA bagi tujuan bayaran bantuan khas kewangan ini.

Cara Permohonan Bantuan Khas Kewangan Mudarat Vaksin COVID-19 & Penilaian Kesan Sampingan Yang Dialami

Kerajaan akan menubuhkan 3 jawatankuasa di peringkat Kementerian bagi memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin COVID-19.

Bantuan khas keweangan kesan mudarat vaksin COVID-19 akan diberikan kepada penerima vaksin terkesan setelah dinilai oleh 3 jawatankuasa ini.

Bayaran akan dibuat oleh NADMA kepada penerima vaksin yang terkesan.

Bantuan khas mudarat vaksin
Bantuan khas mudarat vaksin

Baca juga : MySalam Covid 19: BayaranRM50/Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif

Diharapkan dengan langkah ini, semua rakyat lebih yakin untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin yang akan diberikan secara berperingkat.

Baca juga : Fungsi Baru MySejahtera – Cara Daftar Vaksin Untuk Tanggungan

*Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: