Ramai Biasa Buat! Sebenarnya Bahaya Campur Bahan Pencuci Dengan Peluntur

Bahaya Campur Bahan Pencuci Dengan Peluntur (Clorox) & Agen Pencuci Lain

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang wanita dan anak kecil dikejarkan ke wad kecemasan selepas mengalami gejala sesak nafas. Ibunya hampir pitam disebabkan sesak nafas manakala anaknya batuk-batuk tanpa henti.

Apabila diperiksa, puncanya adalah disebabkan oleh tindakan si ibu yang telah mencampurkan bahan peluntur (bleach/Clorox) dengan bahan pencuci lain (stain remover).

Tanpa disengajakan, campuran kedua-dua bahan ini telah menyebabkan terhasil gas beracun. Mujurlah wanita dan anaknya dapat diselamatkan dengan rawatan segera.

Kesan Akibat Campur Bahan Pencuci Dengan Peluntur

Berdasarkan infografik dari Public Health Malaysia, berikut merupakan kesan akibat mencampurkan bahan peluntur dengan agen pencuci yang mengandungi bahan kimia lain :

 Cecair Peluntur + Ammonia  = Gas Kloramin

Gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru apabila terhidu.

Cecair Peluntur + Cuka = Gas Klorin

Gas klorin boleh mengakibatkan sakit dada, muntah dan kematian.

Cecair Peluntur + Alkohol = Gas Kloroform

Gas kloroform boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan dan pengsan sekiranya terhidu.

Kredit Foto : Public Health Malaysia

Cara Gunakan Peluntur Dengan Selamat Untuk Bersihkan Rumah

Walaupun baunya agak kuat, ramai yang memilih cecair peluntur sebagai pembersih rumah yang berkesan serta lebih menjimatkan kos.

Jika anda tahu cara betul untuk gunakan cecair peluntur, ia dapat dijadikan pembersih yang baik dan selamat digunakan di rumah.

Berikut merupakan tips penggunaan cecair peluntur yang telah dikongsikan oleh petugas mahir di Syarikat Clorox.

campur pencuci lantai dengan peluntur
Kredit Foto : thespruce.com

Basmi Kuman di Permukaan

Pada musim pandemik ini, kita perlulah lebih rajin untk dinsinfect permukaan di rumah bagi mencegah kuman dan bakteria.

Sebagai alternatif kepada disinfectant, anda juga boleh gunakan cecair peluntur untuk basmi kuman di rumah.

Untuk membersihkan dan sekaligus basmi kuman di permukaan yang kotor, anda boleh campurkan :

  • ½ cawan cecair peluntur dengan 1 gallon (3.75 liter) air.

Anda boleh gunakan campuran cecair ini dengan selamat untuk mengelap permukaan counter top, sinki, lantai, dalam peti sejuk dan perkakas besi.

Untuk disinfect tong sampah pula, anda perlu gunakan campuran cecair peluntur yang sedikit pekat.

Caranya ialah dengan campurkan :

  • ½ cawan cecair peluntur dengan ¾ gallon (3.4 liter) air.

Cara Bersihkan Bilik Air Dengan Cecair Peluntur

Untuk bersihkan kulat dan lumut yang melekat di dinding dan lantai tandas, campurkan :

  • ¾ cawan cecair peluntur bersama 1 gallon air suam.

Gunakan cecair peluntur yang telah dilarutkan tadi untuk cuci pada permukaan yang bermasalah. Biarkan seketika selama 10 minit, kemudian bilas dengan air suam.

Selain gunakan cecair peluntur botol besar yang mudah dijumpai di pasaran, anda juga boleh dapatkan rangkaian pencuci khusus yang diperbuat daripada cecair peluntur keluaran Clorox.

Pastinya ia lebih mudah untuk digunakan tanpa memerlukan anda untuk larutkannya dalam air.

campur pencuci lantai dengan peluntur
campur pencuci lantai dengan peluntur
Kredit Foto : Shopee

Baca juga:

Sebenarnya cecair peluntur adalah alternatif yang baik untuk membersihkan rumah.

Namun, jika ianya digunakan dengan cara yang salah atau dicampur dengan bahan pencuci lain, ia boleh menghasilkan gas beracun yang boleh mengancam kesihatan.

Oleh itu anda perlulah sentiasa waspada supaya tidak mencampurkan bahan pencuci terutamanya cecair peluntur dengan bahan pencuci lain.

Elakkan daripada amalkan tips-tips pembersihan daripada sumber yang tidak sahih. Anda juga dinasihatkan untuk membaca label pada agen pencuci untuk cara penggunaan yang terbaik.

Pastikan juga agen pencuci dan cecair peluntur diletakkan jauh daripada capaian anak-anak dan haiwan peliharaan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini di rumah.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: