in

Vaksin Dos Tunggal Pertama, Cansino, Tiba Di Malaysia Hari Ini

vaksin cansino
ADVERTISEMENT

PUTRAJAYA: Malaysia akan memulakan pemberian vaksin satu dos apabila menerima sejumlah 200,000 dos vaksin CanSino daripada pembekal CanSino Biologics, China, hari ini (20 Ogos 2021).

Ketibaan vaksin berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.50 pagi dengan penerbangan MAS Kargo menggunakan pesawat MH361 dengan dari Beijing, China disambut oleh Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

ADVERTISEMENT

Vaksin CanSino ini adalah vaksin dos tunggal, (single dose) yang pertama sampai untuk digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Malaysia.

Ketika ini, tiga jenis vaksin diberikan untuk penduduk Malaysia di bawah PICK, iaitu Cominarty (Pfizer BioNTech), CoronaVac (Sinovac) dan AstraZeneca.

Manakala satu lagi vaksin iaitu Johnson & Johnson turut telah mendapat kelulusan bersyarat.

vaksin cansino malaysia

Baca juga: Panduan Semakan Sijil Digital Vaksin Di MySejahtera / Tanpa MySejahtera

Sebanyak 200,000 dos vaksin CanSino berbentuk “finished product” telah diterima hari ini, iaitu sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin CanSino yang telah ditempah oleh Malaysia dengan penghantaran dibuat secara berperingkat.

Vaksin CanSino ini diterima daripada pembekal, Solution Biologics yang merupakan Pemegang Pendaftaran Produk bagi vaksin CanSino di Malaysia.

Vaksin CanSino mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun yang lalu.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan hari ini berkata 200,000 dos vaksin berbentuk produk akhir yang diterima hari ini adalah sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin CanSino yang telah ditempah oleh Malaysia dengan penghantarannya dibuat secara berperingkat.

Baca juga: Dine-In, Perkelahan & Perkhemahan Kini Dibenarkan Bagi Fasa 1 PPN

Bekalan vaksin CanSino ini akan dapat memperhebatkan lagi PICK terutamanya di kawasan yang rendah akses dan seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara mengikut garis masa yang ditetapkan.

Dalam kenyataan sebelum ini, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin covid-19 dos tunggal CanSino.

Khairy berkata, penghantaran pertama vaksin berkenaan akan diberikan kepada Sabah bagi memastikan negeri ini mampu mencapai sasaran 60 peratus populasinya divaksin menjelang Oktober depan.

Sumber: BERNAMA TV

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Cara Tutup Fungsi ‘Blue Tick’ (Seen) Whatsapp. Boleh Elak Salah Faham

Filem misteri hollywood

Penuh Teka-Teki, Ini 5 Filem Misteri Hollywood Yang Berbaloi Ditonton